Tuesday, 1 November 2016

Air Mineral Lebih Mahal Dari Minyak Masak – Menteri

Air Mineral Lebih Mahal Dari Minyak Masak – Menteri

minyak

Harga air mineral yang diminum setiap hari oleh rakyat Malaysia adalah lebih mahal berbanding harga minyak masak, itulah kata-kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Untuk pengetahuan Datuk Hamzah merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Beliau berkata demikian setelah pihaknya membuat congakan bahawa setiap individu sekadar menggunakan 1.5 kilogram (kg) minyak masak sebulan.

Jika subsidi dihapuskan sepenuhnya maka harga minyak masak naik menjadi RM4 sekilogram.

Ini komennya:

“Jika ia dinaikkan kepada kira-kira RM4, harga minyak masak paket plastik 1 kg hanya bertambah RM1.50 sebulan. Ini bermakna ia hanya naik RM2.25 seorang sebulan.

“Air mineral yang orang minum setiap hari lebih mahal daripada harga minyak masak tidak bersubsidi,”

Mulai hari ini, subsidi minyak masak dimansuhkan untuk semua kategori kecuali paket plastik 1kg.

Harga minyak masak bungkusan lain ditentukan kuasa pasaran. -PENMERAHDOTCOM

The post Air Mineral Lebih Mahal Dari Minyak Masak – Menteri appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ftVfzQ
via IFTTT