Friday, 25 November 2016

(9 Gambar) Sindiket Jual Bayi Secara Online Di Malaysia Dengan Harga 6-10K Berleluasa


Ya betul, betul dah tajuk tu, betul lah apa yang anda baca tu. Malaysia sekali lagi mendapat perhatian dunia apabila journalist daripada 101 East, Chan Tau Chou, menjalankan penyiasatan selama 4 bulan dalam usaha mengumpul maklumat dan bukti bagi mendedahkan kegiatan jual beli anak secara online ini.

Kegiatan ini dijalankan di laman sosial, Facebook melalui sebuah Closed Group yang dikendalikan oleh barisan admin yang menggunakan fake account.

Kami berjaya menemui group tersebut, namun ianya telah ditetapkan sebagai 'Closed Group', di mana orang luar tidak akan diberikan akses untuk melihat post di group tersebut. Group tersebut terdiri daripada 2, 000 orang ahli.

Walau bagaimanapun, kami masih boleh melihat siapakah admin group tersebut. Kami memilih untuk tidak menyatakan nama group tersebut supaya tiada yang akan mengambil kesempatan mengenai info ini dengan niat yang bukan-bukan.

MOTIF :

Permohonan untuk pengesahan anak angkat yang sah di sisi undang-undang kebiasaannya mengambil masa yang lama di Malaysia. Ini yang menyebabkan ramai pembeli memilih sindiket ini.

Selain itu, peningkatan khidmat industri seks di Malaysia juga mendorong warga asing yang tidak mahu menggugurkan kandungan mereka untuk menjualnya melalui kegiatan ini.

PENJUAL :

Timbul persoalan, bagaimana mereka mampu membekalkan bayi yang ramai bagi menampung permintaan pembeli. Sepertimana yang saya tulis pada tajuk di atas, boleh pre-order, atau booking terlebih dahulu.

Bekalan bayi ini dibekalkan oleh pekerja industri seks (pelacur) yang memilih untuk tidak menggugurkan kandungan mereka demi keselamatan diri mereka sendiri.

Sepanjang empat bulan siasatan yang telah dijalankan, seramai 78 orang wanita Indonesia mengandung telah tampil mempromosikan diri mereka, di mana pembeli akan diberikan katalog untuk membuat pilihan.

PEMBELI :

Kegiatan ini mendapat sambutan hangat daripada mereka yang sangat teringin untuk bergelar sebagai seorang ibu atau bapa, dan sanggup untuk melanggar undang-undang deminya. Walaupun kita memahami kehendak mereka, ianya amat mendukacitakan apabila kegiatan ini juga dimanfaatkan oleh golongan paedophile (mereka yang mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak) untuk memuaskan kehendak songsang mereka.

ORANG TENGAH :

Ianya amat mendukacitakan apabila sindiket ini berjaya dijalankan dengan mendapat bantuan daripada golongan doktor serta individu berpengaruh yang korup. Mereka bertanggungjawab mengeluarkan dokumen palsu mengenai kelahiran supaya tiada sesiapa yang tahu siapakah ibu sebenar bayi tersebut.

Menurut kumpulan 101 East yang menyamar sepanjang penyiasatan mereka dan dibantu oleh Jabatan Pendaftaran Negara, mereka berjaya mengumpul bukti tawaran daripada doktor yang menawarkan khidmat tersebut dalam bentuk video.

Namun begitu, ianya tidak dinyatakan mengenai organisasi pekerjaan doktor tersebut, samada kerajaan atau swasta.

HARGA :

Bayi ditawarkan bermula dari harga RM 6,600 sehingga RM 11,000. Harga bayi akan melonjak sekiranya dilahirkan sebagai lelaki, dengan mengambilkira faktor lain seperti berat bayi, kaum serta warna kulit.

Pendedahan ini telah disiarkan di saluran Al Jazeera pada 24 November 2016 (semalam) jam 6.30 pagi (waktu Malaysia).

Sekian.











from Sehinggit Media News http://ift.tt/2geW7o3
via IFTTT