Friday, 25 November 2016

Israel Terima Tawaran Palestin Untuk Hantar Bantuan Padamkan Kebakaran


Pihak berkuasa Israel dilaporkan telah menerima tawaran untuk mencapatkan bantuan daripada Palestin dalam usaha memadam kebakaran besar yang sedang melanda seluruh negara haram berkenaan.

Memetik laporan Haaretz, pihak Palestin telah menghantar empat pasukan bomba mereka ke negara berkenaan bagi membantu memadam kebakaran.

Perkara ini telah disahkan oleh seorang pegawai kanan pihak penyelamat Israel semalam di mana katanya Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah itu menyelia kerjasama di antara Palestin dan anggota bomba Israel.

Sehingga kini kebakaran telah menyebabkan sekurang-kurangnya 130 cedera, kebanyakannya akibat terhidu asap dan masih belum ada laporan melibatkan korban jiwa.






Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan menyatakan kebakaran berkenaan kemungkinan disengajakan dan tidak menolak ia sebagai tindakan pengganas.

"Setiap api yang disebabkan oleh pembakaran dengan niat, atau hasutan untuk menggalakkan pembakaran dengan niat, akan dilihat sebagai tindakan pengganas," kata Netanyahu.


Tambahnya, pihak berkuasa mendapati ada unsur 'melakukan pembakaran dengan niat

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fYMlZH
via IFTTT