Sunday 27 November 2016

Hukuman Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan- Peguam Negara

Hukuman Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan- Peguam Negara

hukuman

Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas satu pasangan suami isteri.

Pasangan ini menjadi viral apabila mengasari anggota penguatkuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Hukuman ke atas  Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun yang dikenakan ialah penjara selama 14 hari dan denda RM3,000.

Sekiranya dia gagal membayar denda, maka akan dikenakan penjara tujuh hari.

Bagi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ianya terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.

Ini kenyataannya: (bernama)

“Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan.

“Ini demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama,”

Mohamed Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.
Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap pegawai MBSA Nurul Ain Isa.

Kejadian berlaku ketika Ain mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial. – PENMERAHDOTCOM

The post Hukuman Kasari Penguatkuasa MBSA Terlampau Ringan- Peguam Negara appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gAx1kb
via IFTTT