Tuesday 29 November 2016

Anak Kepada Guru Vokal Akademi Fantasia, Siti Hajar Kritikal Akibat Kemalangan Jalan Raya

Anak Kepada Guru Vokal Akademi Fantasia, Siti Hajar Kritikal Kemalangan Jalan Raya

siti

Anak bongsu kepada guru vokal Akademi Fantasia, Siti Hajar kini kritikal selepas terlibat dalam nahas jalan raya.

Perkara berkenaan dinyatakan Siti Hajar menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam.

Melalui FB Siti Hajar, dia memaklumkan kemalangan membabitkan anak bernama Afif berlaku di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada awal Isnin.

Afif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami pendarahan otak.

Terbaharu, Afif dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan pertama untuk memasukkan tiub bagi mengawal tekanan otaknya, namun beliau masih belum stabil.

Afif juga dijadulkan akan menjalani pembedahan kedua untuk mengeluarkan darah beku pada bahagian otaknya, selepas sedar dari koma.

Kira-kira jam 6 petang Selasa, Afif dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal dan mengalami bengkak pada bahagian otak serta mengambil masa untuk sedar semula.

Ini antara status di FB berkenaan:

“Salam. Afif still critical. His brain swollen. Need some time to awake. Maybe lambat lagi untk sedar. And doctor need to let him in comma first. Jantung tak stable. Sama2 kita doakan.#prayforafif ”

Siti Hajar juga memohon kepada semua agar mendoakan anaknya kembali pulih dan berada di dalam lindungan ALLAH S.W.T.

Semoga anak cikgu Siti Hajar dapat sihat kembali sediakala, sama-sama kita doakan. -PENMERAHDOTCOM

The post Anak Kepada Guru Vokal Akademi Fantasia, Siti Hajar Kritikal Akibat Kemalangan Jalan Raya appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fATaS4
via IFTTT