Saturday, 26 November 2016

Kenapa Kita Rasa Nak Buang Air Besar Sejurus Selepas Kita Makan??


Kebanyakkan drpd kita mesti merasakan nak buang air besar sejurus selepas kita makan. Ada yg beranggapan najis yg ingin dibuang itu merupakan makanan yg baru sahaja diambil sebentar tadi. Sebenarnya bukan itu yg berlaku.

Kami ingin menerangkan beberpa perkara:

1. Makanan yg baru dimakan akan melalui saluran pencernaan sepanjang lebih kurang 9 meter bagi orang dewasa. 9 meter ni bukan pendek ye tuan puan. Mustahil makanan yg baru masuk itu dpt bergerak dgn cepatnya melalui tempat2 yg berbeza(esophagus, perut, usus kecil, usus besar) dan terus kebahagian anus(dubur).

2. Perasaan ingin membuang air besar itu berlaku disebabkan badan kita mempunyai suatu reflex yg dipanggil sebagai Gastro-Colic Reflex.

Dalam reflex ini, apabila kita mengambil makanan dan makanan masuk ke dalam perut(nama lain bagi perut adalah Gastric) maka akan ada satu reflex terhasil iaitu pergerakan ‘peristalsis’ usus besar(nama lain bagi usus besar adalah COLON).

Oleh itu, najis yg keluar itu adalah makanan yg kita makan sebelum itu lagi, bukan makanan yg kita baru sahaja makan. Sebab itu kita panggil sebagai Gastro(bermaksud perut) – colic(bermaksud usus besar) reflex.

3. Begitu juga dalam kanak2 yg cirit birit. Ada ibubapa yg risau selepas anaknya makan sahaja, anak itu cirit. Mereka beranggapan makanan yg baru kanak2 itu makan terus dicernakan menjadi cirit.

Sebenarnya tidak. Najis itu adalah makanan yg kanak2 itu makan sebelum ini. Bukan yg baru sahaja dia makan.

Harap bermanfaat

Sumber: rootofscience


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fkzKRt
via IFTTT