Thursday, 24 November 2016

7 Tips Untuk Dapatkan 'Gentle Birth', Mudahkan Proses Bersalin, Kurangkan Rasa Sakit Bersalin, Tenang Dan Selamat


Sudah pasti ramai bakal ibu diluar sana rasa agak takut untuk bersalin memikirkan rasanya, bagi ibu-ibu yang sudah biasa mereka akan tahu bagaimana rasanya.

Memang diketahuinya ianya memang sakit tetapi kepuasan melihat wajah anak yang dilahirkan sudah pasti seolah-olah membuatkan sakit yang ditanggung ketika itu hilang.

Ada ke cara hendak kurangkan rasa sakit ini selain bantuan ubatan? sebenarnya ada cara untuk kurangkan dengan mengamalkan teknik-teknik tertentu.

Seorang ibu bernama Siti Aai Shah yang baru melahirkan anak ketiganya telah berkongsikan bagaimana untuk mendapatkan 'gentle birth' iaitu teknik yang memudahkan proses bersalin, ibu melahirkan anak dengan tenang, selamat dan kurangkan rasa sakit di mana beliau telah mencuba untuk kandungan kedua dan ketiga ternyata berjaya.


Syukur alhamdulillah jumaat lepas (18/11/16) ummi selamat melahirkan seorang mujahidah solehah. Alhamdulillah tiga2 girl. Lepas nie photoshoot dengan 3 model cilik Hijabiz Fashion! 😍

Apa itu gentle birth?

Gentle birth adalah "teknik bersalin dengan mudah, tenang & selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin"

Amazing kan?? Memang amazing sangat kalau kita tahu cara & teknik utk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah2 sekaligus mengurangkan/menghilangkan rasa sakit tadi 😍

Pengalaman ummi utk 1st baby xdpt praktikkan sebab tak belajar lagi masa tu. Alhamdulillah anak ke 2 & 3 ummi berjaya! Di sini ummi nak share 7 tips yang ummi buat dan alhamdulillah ia sangat membantu..

[ 7 TIPS DAPATKAN GENTLE BIRTH ]


TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL

Contraction adalah saat yang sakit buat ibu2 yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut, sakit mcm nak putus urat. Semua tu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul.

Mcm mana??

Saat contraction dtg, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3-5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan nie bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang.

**teknik pernafasan yang lain boleh baca buku "Hypnobirthing, the mongan method"

AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR

Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati & emosi.

Contoh: 
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, mcm susah je...(ini yg perlu kita tukar)

Minda separa sedar nie 90% dalam diri. Dengan menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.

Mcm mana nak aktifkan minda separa sedar?

Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.

Mcm ummi, masa preggy anak ke 2 & 3, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati:

-baby bersalin 38 minggu 
-mudah bersalin 
-bersalin normal 
-lepas bersalin tak sakit2 
-dalam labour room setengah jam je 
-kembali berat asal

Alhamdulillah..semua yang di atas berjaya! Cuma yang berat je tak tahu lagi. Anak ke 2 berjaya, yang ke 3 nie tak tahu lagi. Ummi hanya aktifkan minda separa sedar semasa di awal kehamilan hingga saat nak bersalin. Alhamdulillah berhasil!


POSITIF

Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik benda2 positif di sekeliling kita. Sebab tu pantang buat ibu2 hamil bersedih!

Saat nak bersalin, penting utk kita set dlm minda KATA2 POSITIF seperti 
-ummi kuat! 
-baby mesti keluar dgn selamat! 
-ummi boleh! 
-Allah bantu! 

Bagi semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!


LAMA DALAM SUJUD

Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction. Untuk ibu2 yang tahu kandungan sonsang, cara ini mampu betulkan kedudukan baby.

TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT

Saat contraction datang, cuba imagine perkara2 yang indah. Ummi masa dlm labour room, saat contraction makin tinggi, terus convert sakit tadi dengan imagine baby dah selamat, baby sihat, comel, suami azankan baby. Ummi terus create cerita yang best2 & what u guess?? Sakit tu hilang! Alhamdulillah


ZIKIR & DOA YUNUS

1 perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit.

Lepas tu baca doa yunus:

"Lailahaila anta subhanaka inni kuntum minaz zolimin"

InsyaAllah sakit tadi akan hilang..




MAKAN KURMA & AIR ZAM2

Kurma & air zam2 sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Lagi2 masa masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan 2 benda nie. InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa!

**Semoga perkongsian yang kecil nie memberi manfaat pada ibu2 di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu2 yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan & kekuasaan yang Allah beri buat anda insan2 terpilih! Go go fighting! 😊

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fXjHYQ
via IFTTT