Sunday, 8 December 2019

Lebih Kacak Lelaki, Lagi Susah Jumpa Jodoh

Gambar hiasan

Bukan semua lelaki kacak ni nakal, suka mempermainkan perasaan perempuan. Untuk pengetahuan lagi kacak seorang lelaki, lagi susah dia nak cari pasangan hidup. Ini di antara sebab kenapa lelaki handsome susah nak jumpa jodoh.

1. Jual mahal

Selalunya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Walaupun kadang kala di dalam hati mereka menyukai akan seseorang wanita itu, namun kerana perasaan jual mahal yang terlalu menebal, mereka terpaksa melepaskannya.

Keegoan mereka yang agak tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita. Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang ‘biasa-biasa’ sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.

2. Persepsi sukar didekati

Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati. Apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Kononnya lelaki sebegini mempunyai ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.


Namun hakikat yang sebenarnya, mereka juga sama seperti lelaki lain yang suka bersosial dan didekati oleh golongan wanita. Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.

3. ‘Maintenance’ tinggi

Ramai juga yang menganggap lelaki kacak selalunya memerlukan ‘maintenance’ tinggi setiap bulan. Maklumlah semuanya perlu diijaga rapi termasuklah pakaian berjenama, minyak wangi, kasut dan jam tangan. Apatah lagi produk lelaki semuanya mahal-mahal belaka hingga boleh mencecah sehingga ribuan ringit.

Oleh kerana itu, wanita sederhana jarang mahu memilih lelaki sebegini untuk dijadikan pasangan kerana mereka berasakan tidak berkemampuan untuk bergerak seiring. Namun mereka tidak sedar, tanggapan itu adakalanya tidak benar kerana ramai lelaki kacak yang sukakan sesuatu yang natural, ringkas, asli dan selesa. Oleh itu, ubah persepsi anda supaya tidak ramai lelaki kacak yang terus hidup solo.

4. Serik dikecewakan

Ada juga lelaki tampan yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui sebelum ini. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih.

Walaupun banyak wanita yang menagih cinta mereka, namun dia sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita. Hanya wanita yang bijak mengambil hati dan tahu menghargai dirinya mampu melembutkan jiwa lelaki kacak yang semakin keras untuk menikmati cinta.

5. Terlalu memilih

Lelaki kacak selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup. Sikap terlalu pemilih yang diamalkan oleh golongan lelaki sebegini menyebabkan wanita bosan berdampingan dengan mereka. Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.

6. Terlalu banyak pilihan

Selain terlalu memilih, terlalu banyak pilihan di depan mata juga menyebabkan lelaki kacak sukar untuk membuat pilihan. Setiap wanita yang ada di hadapannya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripada sekian banyak pilihan yang ada.

Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki kacak yang terus single hingga ke hari ini.

7. Berkerjaya

Terlalu sibuk dengan kerjaya adakalanya membuatkan lelaki kacak terlupa untuk mencari cinta. Ini kerana lelaki tampan selalu merasakan mereka mampu untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa.

Oleh kerana itulah, cinta selalu menjadi nombor dua dalam hidup mereka. Namun mereka tidak sedar, usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka sukar untuk mencari teman wanita. Apabila merasakan sudah terlewat untuk mereka mencari pasangan hidup, akhirnya mereka memilih untuk hidp bersendirian sehingga ke akhir usia.

Sumber: https://ift.tt/2q1CbOY


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2LAZCGP
via IFTTT