Wanita bergelar isteri dan ibu adalah insan hebat yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap lelaki di muka bumi ini. Bayangkan kalau hidup tanpa mereka, pasti kehidupan kita tidak akan terurus seperti sekarang. Menguruskan rumah tangga dan anak-anak, ditambah dengan tuntutan kerja, semua itu dilakukan tanpa keluh demi tanggungjawab.
Kadangkala, isteri ini letih. Tak terungkap oleh kata, hanya diam memendam. Kadang juga mereka meluahkan dengan leteran. Suami yang tidak memahami, akan menganggap isteri hanya merimaskan dan hanya tahu marah. Hakikatnya, pandanglah sebentar wajah isteri itu, mereka hanya mahukan pengertian.
Oleh itu, sebagai suami anda patut tahu apa yang boleh membuatkan isteri bahagia. Perkara paling penting, elakkan dari menyakiti hati mereka. Perkongsian dari seorang suami Abu Hurairah Asifa wajar dijadikan panduan oleh semua lelaki di luar sana. Tak perlu hadiah yang mahal, cukuplah suami bantu menguruskan rumah tangga.
Mari kita ikutan coretan beliau seperti di bawah ini. Masih terlambat untuk anda bahagiakan hati isteri !
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat.
Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni. Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi, betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi.
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.
Ini tipsnya.
1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni, kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa. Kita di uji dan di sakiti hari-hari. Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.
Jadi, apakah jalan keluarnya? Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang.
Rumahtangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia. Panggillah Allah membela rumahtangga kita. Panggillah Rasulullah memberkati rumahtangga kita.
Ingatlah, dosa kita, yang menjarakkan kita. Dosa itu, lebih besar dari salah dan silap pasangan kita.
Sumber: Abu Hurairah Asifa via https://ift.tt/2q1CbOY
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2YxP0Oo
via IFTTT