Setelah tularnya sebuah lagi video yang dimuat naik di laman sosial tentang seorang penyanyi yang tampil menyanyi dengan berpakaian badut di depan pusat beli-belah Sogo pada 22 September lalu.
Uchop Ahmad, juara pertandingan nyanyian Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua tampil menafikan bahawa kemunculannya menyanyi berpakaian badut di pusat beli-belah tersebut bukan meniru Hazama.
Video tular di laman sosial itu mencapai hampir 300,000 tontonan.
Netizen menuduh penyanyi berkenaan meniru Hazama kerana sebelum artis tersebut juga tampil menyanyi di kawasan Bukit Bintang dengan berpakaian seperti gelendangan.
Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua itu turut mendakwa, bahawa dia terlebih dahulu membuat konsep seperti itu sebelum Hazama.
"Untuk ‘prank’ yang pertama, saya bawa karakter orang gila dan menyanyikan lagu Romancinta. Saya mahu lihat apa reaksi masyarakat apabila orang berpakaian buruk dan lusuh menyanyi.
"Sebaik saya menyanyi, hampir 500 peminat datang berkumpul dan ada yang merakam nyanyian saya serta berkongsi menyiarkannya di laman sosial sehingga mencatat tiga juta tontonan," katanya.
Artis berkenaan juga menjelaskan, aksinya menyanyi dibuat beberapa hari awal sebelum Hazama tetapi kebetulan dimuat naik di laman sosial sama tarikh video penyanyi itu sehingga timbul dakwaan dia cuba meniru.
"Saya tak bengang atau marah kerana dari dulu saya sudah buat begini. Saya bangga menjadi perintis trend ini.
"Ramai peminat-peminat menyokong saya” katanya.
Selepas video pertamanya mendapat sambutan baik daripada penonton, beliau kemudiannya muncul berpakaian badut untuk mempromosikan single terbarunya yang berjudul Tanpa Dendam.
Menurut Uchop, dia seronok dengan reaksi orang ramai terhadap ‘prank’ pertama saya dan mengulanginya dengan tampil sebagai badut pula.
"Syukur ia berjaya. Ia dikongsi netizen sehingga mendapat reaksi positif peminat di luar negara termasuk Brunei," katanya yang sebelum ini pernah tampil dalam Konsert Wings & Superfriends di Istana Budaya pada April lalu.
Sumber: Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g0hBGY
via IFTTT