Berkenalan hingga jatuh cinta melalui media sosial seperti sudah menjadi satu trend buat masyarakat zaman sekarang.
Segala-galanya memang indah namun perlu diingati, keikhlasan hati pasangan yang dikenali di media sosial itu hanya akan terbukti selepas pertama kali bersua muka.
Seperti kisah yang dikongsikan di akaun Twitter fara_zulaika, seorang gadis malang berkongsi pengalaman sedihnya ditinggalkan kenalan Twitter hanya kerana dirinya gemuk.
Perkenalan mereka bermula di Twitter dan kemudian bertukar nombor telefon. Selepas hampir 5 bulan hanya "berchatting" melalui aplikasi WhatsApp, lelaki tersebut akhirnya mengajak wanita itu berjumpa.
Seperti yang dijanjikan, mereka berdua akhirnya bertemu di suatu tempat. Sebaik sahaja gadis itu masuk ke dalam kereta, lelaki tersebut hanya berdiam diri. Tidak lama kemudian, lelaki itu memberhentikan kereta di sebuah kedai mamak dengan alasan mahu beli roti canai.
Selepas beberapa minit, dia meminta wanita itu turun mengambil roti canai yang dibungkus. Tanpa wanita itu sedar, rupa-rupanyanya lelaki tersebut sudah berlalu meninggalkannya seorang diri di kedai makan tersebut.
Menyedari kereta lelaki itu sudah tiada di tempat sebelumnya, wanita itu cuba menghubungi lelaki terbabit namun panggilan tidak dijawab. Tidak beberapa lama kemudian lelaki itu menghantar sms, ‘Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus, tengok-tengok gemuk. Hahahaha Best tak kena tinggal?’
Dasar jantan tak guna! Kesian gadis tersebut diperlakukan sedemikian rupa. Pengajarannya, janganlah mudah jatuh cinta dan menyerahkan sepenuh kepercayaan sebelum berjumpa individu yang dikenali di media sosial secara realiti.
Kalau sudah dihina dan dipermainkan seperti gadis ini, pasti "frust" menonggeng.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yhOha1
via IFTTT