Thursday, 26 October 2017

Bercinta Hampir 5 Bulan Di Whatsapp, Bila Ajak Jumpa, Gadis Ini Ditinggal Seorang Diri Gara-Gara Gemuk!


Kecantikan dan ketampanan tak seharusnya dijadikan faktor utama dalam pencarian pasangan, bagaimana cantik dan tampan pun lama kelamaan akan pudar juga. Kami percaya lelaki yang hanya memandang kecantikan perasaannya mudah pudar dan berubah lebih-lebih lagi jika jumpa wanita yang lagi cantik. Betul tak?

Seperti dilalui gadis ini, beliau berkongsi pengalamannya ditinggalkan kenalan twitter gara-gara dirinya gemuk. Lebih 5 bulan berkenalan di whatsapp, lelaki tersebut ajak berjumpa kemudian ditinggalkan begitu sahaja setelah dapat tahu dirinya tidak secantik di dalam gambar.




Seorang individu berkongsi pengalamannya berkenalan dengan seorang lelaki di twitter, tidak lama kemudian mereka bertukar nombor telefon dan menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Lima bulan kemudian, lelaki berkenaan ajak berjumpa.


Sebaik sahaja gadis ini naik kereta, lelaki tersebut hanya diam. Dia berhenti di sebuah kedai mamak dengan alasan mahu beli roti canai. Kemudian, dia minta wanita ini turun mengambil roti canai yang dibungkus. Tanpa dia sedar, rupanya lelaki ini sudah lari meninggalkannya seorang diri di kedai tersebut.

Panggilan tidak dijawab, lelaki ini hanya sms, ‘Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus, tengok-tengok gemuk. Best tak kena tinggal?’


Ya Allah, kesiannya gadis ini. Kalau tak suka pun, janganlah tinggalkan di kedai mamak macam itu je. Apa salahnya bagi alasan yang lebih logik. Tak guna betul!

sumber : fara_zulaika via OHBULAN!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hc3T4g
via IFTTT