Wednesday, 25 October 2017

Hanya Kerana Pakai Kereta Proton, Pemandu Uber/grab Dapat Rating 1 Bintang


Sekarang ini semakin ramai orang yang menjadi driver untuk Uber ataupun Grab sebagai kerja sambilan mereka. Bagi mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka ini, pastinya mereka tahu sistem rating yang diguna pakai oleh kedua-dua platform ini.


Sistem akan secara automatiknya akan meminta penumpang-penumpang mereka memberikan rating kepada perkhidmatan pemandu yang ditempah mereka berdasarkan kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan dan rating ini akan menjadi penanda aras terhadap tahap kualiti perkhidmatan pemandu tersebut.


Namun sebaliknya berlaku, ramai penumpang sekarang terutamanya di kalangan pelajar IPT yang tidak memberikan bintang berdasarkan kepada kualiti perkhidmatan yang diterima, sebalik rating ini diberi berdasarkan kepada jenama dan model kenderaan yang digunakan oleh pemandu Uber/Grab.

Menurut seorang pengguna Twitter, pernah ada kes yang driver menangis selepas kena permanent banned dari GRAB sebab itu satu-satunya sumber pendapatan dia. Kalau sebab yang serius tidak mengapa. Ini rating low.


“Kalau betul-betul sebab servis teruk okay, tetapi jenis penumpang yang saja-saja rate pemandu 1 bintang sebab pakai kereta Proton atau Perodua ini jawablah di akhirat akhirat nanti,” tambah beliau lagi.

Pemandu Grab atau Uber yang tidur di KLIA menunggu ‘ping’ daripada penumpang.

Selain itu, seorang pengguna Facebook turut berkongsikan pengalaman yang serupa di mana masalah seperti ini tidak berlaku setiap kali pick up expat ataupun golongan profesional. Tetapi selalu berlaku setiap kali pick up pelajar IPTA atau IPTS


Tambah beliau lagi, jika pemandu selalu mendapat rating rendah iaitu di bawah lima bintang, peluang untuk di-ban oleh pihak Uber atau Grab adalah besar. Sudah banyak kes pemandu di-ban dan kebanyakannya kerana rate dan report dari pelajar IPTA/IPTS.

“Kami mencari rezeki, tolong jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Jangan pandang rendah pada pemandu Uber atau Grab. Ini bertindak dan berpandangan seperti kami semua ini tak belajar tinggi,” katanya lagi.

Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yMeHO7
via IFTTT