Alangkah terkejutnya seorang bapa apabila seorang lelaki warga asing merakam gambar/video anaknya yang sedang bermain di dalam pasar raya secara curi-curi sambil bergelak ketawa dengan tiga lagi rakannya yang lain.
Hairan melihat gelagat lelaki berkenaan, Al Irfan Jani, kemudian menyuruh isterinya mengambil anak mereka dari terus dirakam lelaki terbabit.
Tidak sedap hati dengan apa yang dilihat, beliau kemudian segera mendekati sekumpulan lelaki warga asing itu dan apa yang ditemuinya sangat menakutkan.
LAMA dah tulis story ni, tapi sebab sibuk Road Tour haritu, jadi peram sajalah. Ikutkan hati, memang aku nak 'reveal' sekor-sekor muka mereka ni. Tapi, sebab dah peram stori ni kan. Jadi emosi jadi stabil sikit.
Haritu aku sempat bawa isteri dan anak pergi bermain di indoor playground, dalam pasaraya. Tengah anak aku syok 'berenang' di lautan bola-bola tu, aku perhati ada 4 sekawan lelaki. Orang Nepal. Tak jauh pun dari tempat aku duduk. Kira bertentangan je tu.
Mula tu aku tak perasan sangat. Tapi, bila aku tengok diorang pegang smartphone, sambil senyum ketawa sesama mereka, aku dah mulai syak. Dari jauh, aku tertanya-tanya, apalah 4 orang ni tengah buat agaknya. Bila aku tengok gaya mereka pegang phone tu.. Tiba-tiba terdetik kat hati, Oi, dia rakam anak aku tengah main oi.
"Yang... yang..." Aku panggil isteri aku sedikit perlahan. Isteri aku toleh.
"Bawa Amin masuk main ke situ. Tersorok sikit."
Mula tu isteri aku macam tak faham sangat 'signal' aku tu. Bila aku geleng sikit je kepala, jadi dia fahamlah yang aku tengah buat isyarat 'AWAS.' (biasa ni suami isteri fahamlah isyarat kalau dalam bahaya ni).
Cepat-cepat wife aku angkat Amin, dia bawa masuk ke dalam sikit. Terlindung dari 4 sekawan ni. Aku cuba taknak nampak hiruk-pikuk sangat. Sebab aku nak "tangkap depa ni hidup-hidup". Aku nak pergi confrant depan-depan.
4 Nepal ni macam dah perasan anak aku dah tak ada kat luar. Salah seorang pun macam dah cam aku perasan aktivitinya, dia ajak geng dia blah dari situ. Dalam tenang, aku berjalan laju-laju ke arah mereka, kejar dari belakang. Mereka pun perasan aku kejar dari belakang, jadi mereka pun macam nak cepatkan berjalan juga. Bila aku rasa depa macam nak lari tu, aku cepat-cepat jerit,
"Tunggu! Tunggu! STOP! STOP!"
Mereka berhenti. Aku bawa mereka ke satu sudut. Sudut barang elektronik.
"Sini semua!"
Mereka pun berdiri empat-empat depan aku. Rapat ke meja pameran yang di depan kami. Aku tengok muka sorang-sorang. Badan tegap-tegap tu. Aku ni dahlah tinggi. 4 Nepal ni lagi tinggi dari aku.
Ada jugak wife aku tanya lepas tu, "Berani betul, Abang. Ayang pulak yang cuak bila Abang berani sangat."
Aku pun tak tahu apasal aku berani sangat masa tu. Mungkin logik aku berkata, kalau depa nak lanyak aku kat situ, mesti tak selamat punya. Tengah pasar raya kot. Nak lari mana diorang?
"Sekarang, bawa keluar semua IC!" Wah gaya aku dah macam Gerak Khas.
Mereka buat-buat tak faham Bahasa Melayu. Aku lantakkan aje.
"IC! IC! Mana? IC Merah! Semua keluar IC letak depan sini! Sekarang!"
Ada salah seorang tu, macam jelaskan sesuatu pada kawan-kawannya. Tak sampai 1 minit. Semua IC Merah depan mata aku. Aku tahu benda ni nama iKad, tapi aku pun tahu juga depa ni mana tahu pebenda MyKad. Kalau IC tu dia fahamlah.
Aku pun 'snap' satu per satu. Ni antara satu teknik aku nak 'menyamar' jadi polis, tanpa aku mengaku polis. Aku pun jenis pakai baju 'tuck-in' sikat tepi, mungkin sebab tu depa ingat aku ni polis kot.
"Ni ada 3 keping je! Mana lagi satu? Dia ni punya IC mana?"
"Err... Bos, ini worang baru saja sampai.. IC belum ada," kawan dia terketar-ketar jelaskan pada aku.
Eh boleh pulak dia cakap Melayu, tadi buat-buat blur.
"Passport mana? Passport!!"
"Err.. dia tak bawa juga..."
Kau tunggu. Passport pun sampai tak bawa. IC merah lagi tak ada. Kau tunggu. Jadi aku pun ambil gambar muka dia yang tak ada IC Merah tu. Senang masuk report polis nanti.
"Sekarang, keluarkan fon! Semua! Letak fon atas ni!"
Dua daripadanya seluk poket, keluar fon Nokia 3310. Ada lagi spesis fon tu di zaman ni. Ok, yang 2 ni aku tak kacau.Seorang lagi keluarkan Samsung dia. Aku suruh dia unlock screen. Aku buka Gallery. Aku scroll balik satu-satu koleksi video dan gambar dalam tu.
YA ALLAH!!! Gila kau! BANYAK GILA GAMBAR/VIDEO kanak-kanak lain kat dalam tu. Terkejut gila oi! Kebanyakannya anak-anak Cina dalam tu. Naik lenguh aku nak scroll. Aku perasan video-video tu pun macam diambil curi-curi. Ada budak yang bermain di taman permainan. Ada yang diambil masa anak tu dok dalam troli, mak dia tengah ambil barang di rak kedai. MACAM-MACAM OI!
Makcik Cikkak oi. Tengah shopping tak perasan ke anak awak kena snap dengan 'buaya' ni??? Depan mereka ni, aku delete satu-satu, semua fail kanak-kanak ni. Sambil tangan kiri aku pegang Oppo sendiri, tangan kanan aku mendelete satu-satu. Aku buat macam tu, sebab aku nak simpan bukti.
Aku belek lagi, dan lagi. Darah menSIRAP dah ni.
"GAMBAR ANAK AKU MANA? MANA? Kau dah delete ke?"
Suara aku dah sedikit keras. Aku scroll satu-satu sambil delete gambar video anak orang lain dalam tu.
"Err... tak ada bos. Tak ada." dah gelabah seorang lagi.
"Tadi aku nampak ada 2 smartphone! Kau keluarkan satu lagi! Tak keluar 1 lagi, kau semua jangan balik!"
Dengan begitu lambatnya, yang seorang lagi dok seluk poket dia, lalu keluarkan fon dia. Nampak macam baru dibeli, mungkin dia takut aku hempaskan ke lantai, yalah sebab baru beli kot. atau... jeng-jeng-jeng.
YES!!!! Sangkaan aku tepat sekali. Sekali bukak galeri, terus video anak aku terpampang depan tu. Memang jadi perasmilah video anak aku dalam smartphone baru kau ye. Ada 3 rakaman dia buat, aktiviti anak aku bermain di playground tadi dengan gembiranya.
"Sori bos... Sori... Kami tak tahu sini tak boleh snap budak."
&*%$# aku mencarut dalam hati bila dia cakap macam tu.
"Bukan sini saja! SATU DUNIA! You pergi mana-mana, jangan ambil gambar/video anak orang lain!"
Lepas tu semua 4 sekawan tu, aku suruh balik. Kita serah pada polis nak buat apa. Alamat semua ada tu dalam IC Merah dia. Dunia sekeliling kita ni makin menakutkan. Kita tak tahu dengan siapa kita hidup. Kita pun tak tahu mungkin ada seorang dua 'Buaya' Pedofil yang duduk berjiran di sebelah kita. Ada yang suci. Ada yang popular. Terpelajar. Terhormat. Biasa-biasa. Muka kruk. Muka baik. Gemuk. Kurus. 'Buaya' Pedofilia tidak berwajah.
Pedofilia = Spesis minat seksual terhadap kanak-kanak (aku kena jelaskan ni, sebab ada lagi yang tak faham/)
Kau ingat, mereka ni dah berjauhan dengan anak isteri di negara lain, bertahun-tahun, takkan lah tak 'dahaga'? Lagi perkara yang paling kita takutkan, adalah yang satu ni. NO-SENSE (dengan Nonsense, maksudnya jauh). Masa aku perhati 4 sekawan ni dok merekod video budak-budak bermain, aku perasan ada juga jenis mak ayah yang jadi macam NO-SENSE. Ada yang biar saja anaknya bermain, sambil tengok fon masing-masing.
Ada juga jenis yang FOKUS jaga anaknya bermain saja, sampai lupa nak perhati dunia sekeliling. Selamat ke tak? Takkan tak perasan ada sekumpulan lelaki asing sedang rekod video anak kau? Ada juga mak ayah yang perasan 4 lelaki ni rekod, tapi entah macam mana, macam NO-SENSE. Tak ada apa-apa rasa nak curiga.
Benda NO-SENSE ni, antara perkara yang selalu aku pesan kat isteri aku. Walau aku sendiri pun kadang-kadang takut dengan nasihat aku sendiri. NO-SENSE ni maksudnya 'Tiada-Deria'. Hampir sama maksud dengan 'Leka'. Kita terlalu fokus pada SATU perkara, sampai kita terlepas pandang apa yang berlaku di sekeliling kita. Ada yang panggil benda ni Ignorance. Ada juga yang sebut Tiada-Pedulisme. Entahlah banyak istilah dicipta untuk ini.
Kenapa aku sangat takut dengan NO-SENSE ni? Sebab, bila berlakunya no-sense, tanpa sedar kita akan hilang KEBERANIAN secara tiba-tiba. Ada tu boleh sampai tahap 'blank', 'blur' atau rasa biasa saja. Tu yang ramai 'buaya' kaut untung dengan Gores dan Menang. Macam hypno lah dia buat. Mangsa jadi 'blank' masa rantai gelang kena bukak.
Kita kadang tak berani nak bersuara, atau bertindak, bila mana sesuatu perbuatan jahat tu tak terkena kat batang hidung kita sendiri.
Kenapa boleh macam ni? Puncanya mudah je. Sebab benda NO-SENSE biasanya ni tak mencabar status-quo / prinsip hidup kita, jadi kita pun rasa tak berbaloi untuk 'fight'. Yalah, setakat rakam video saja, jenayahnya belum berlaku lagi, kan? Tapi, motif rakaman tu, ada orang persoalkan tak?
Inilah bahayanya No-sense.
Kalau di Jepun, orang panggil budaya ni 'Mokunin' [黙認] - ada 2 perkataan di situ, Moku [黙] berdiam + Nin [認] Dosa.
Kalau dari istilah, maksud Mokunin = Mendiamkan dosa-dosa. Kalau ikut kamus, Mokunin = [silent] approval, atau toleration. (murniiii sangatttt maksud dia ni kan).
Contoh, di Jepun, budaya Mokunin berlaku pada situasi orang Jepun 'potong que' bila berbaris panjang, seperti di stesen, kaunter dll.
Orang Jepun tak akan marah-marah, kalau ada orang 'potong que' kerana ia JARANG berlaku. Dan bukan satu jenayah pun. Lagipun, mereka taknak ada masalah lanjut kalau yang potong que tu seorang 'yakuza.'
Tapi, Jepun tu dah negara jenayah paling sedikit di dunia, lainlah ceritanya. Cuma bagi aku, budaya Mokunin ni lebih menakutkan jika di Malaysia. Ibaratnya, manusia ni macam dah lupa peranan 'Nahi Mungkar'. Atau TERLALU POSITIF, bersangka baik, sampai jadikan kita semakin No-sense atau Mokunin? Entahlah.
Paling aku geram, ada 1 staf playground tu memang nampak perbuatan 4 sekawan merekod tu. Dia duduk saja, tanpa buat apa-apa, tak report superior ke apa. Kalau ikutkan, dialah patutnya orang pertama yang bertindak tadi.
Aku pergi kat dia, "Dik, awak nampak, kan, mereka tu sedang rekod video budak-budak ni?"
Dia angguk.
"Jadi, kenapa tak pergi halang? Tak report supervisor ke, sekuriti ke apa?"
Dia jawab, "Saya pun serba salah, bang. Saya ingatkan tak berlaku apa-apa."
Adui. Memang lah dik, benda BELUM berlaku, mana nak tahu. Sense tu, sense, mana? <<
"Lain kali, awak kena alert. Pesan benda ni pada bos dan staf awak juga. Dapat pahala tau benda ni..." aku pun mulalah membebel.
Jadi, saya nak bertanya pada anda semua. Mokunin ni pernah berlaku tak dalam hidup kita?
p/s: Mohon panjangkan peringatan saya ni pada saudara terdekat. Nak copy-paste pun silakan. Tak payah kredit pun takpe. Kali ni saya bagi free.
p/s lagi: Mak ayah, termasuk makcik Bawang yang share ni, aku bukan nak takut-takutkan ekau. Aku nak kita semua ni ada SENSE. dan jadi BERANI. Susah ka jadi berani?
Sumber: Al Irfan Jani via The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zddS45
via IFTTT