Tuesday, 31 October 2017

'Salah Saya Terlalu Manjakan Suami Sehingga Dia Ada Masa Untuk Bersayang-sayang Dengan Janda Anak 3'


Ramai yang memuji wanita ini tidak melatah selepas mengetahui suaminya curang dengan seorang janda anak tiga. Sebaliknya si isteri menggunakan pendekatan yang kreatif dan bertindak mempengaruhi akal fikiran suaminya untuk berfikir panjang apakah tindakannya itu akan membawa kepada 'keuntungan' atau kebinasaan yang lebih teruk.

ADMIN, terima kasih sebab post cerita saya ini. Sebenarnya sudah lama saya nak berkongsi cerita ini. Tetapi saya menunggu sehingga hati saya benar-benar tenang kerana tidak mahu menulis dalam keadaan marah dan dendam. Tak baik untuk diri saya sendiri. 

Saya dan suami telah berkahwin lebih dari 15 tahun, dikurniakan tiga orang anak yang sudah berusia remaja. Suami kerja berpangkat tinggi, saya pun bekerja hebat. Alhamdulillah kami cukup segalanya. Dari mula berkahwin, saya isteri yang terlalu memanjakan suami. Saya buat semua kerja-kerja rumah, membayar bil sehinggalah hantar kereta ke pusat servis. 

Senang cerita, suami hanya pergi kerja sahaja. Kerja suami sangat sibuk, jadi saya pun tak kisah membantunya kerana saya melakukan semua perkara itu dengan hati yang ikhlas. Pada saya, suami penat bekerja, apa salahnya saya membantu dia? Suami juga seorang yang baik, tidak kedekut. Gaji kami kongsi semua. Tiada istilah siapa yang bayar loan rumah atau kereta. 

Tahun lepas, suami tiba-tiba kantoi WhatsApp bersayang-sayang dengan seorang janda anak tiga. Saya rasa sangat terluka dan kecewa. Suami memohon ampun dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Demi anak-anak, saya menerima suami kembali walaupun hati ini masih sakit sehingga ke hari ini. 


Selepas peristiwa kantoi itu, saya meminta suami berterus terang di mana kurang dan silap saya sehingga dia sanggup mengkhianati cinta kami. Suami beritahu tiada apa yang kurang pada diri saya, malah dia sedar saya banyak berkorban dalam perkahwinan kami sehingga dia sendiri maju dalam kerjayanya. (Saya pernah support suami sambung study). Dia mengaku dia yang bersalah kerana melayan janda itu. 

Kemudian saya berkata kepada suami, "Kalau begitu, saya memang bersalah." Saya bersalah kerana terlalu memanjakan suami. melakukan semua tugas dan tanggungjawab suami. Lalu suami ada masa lebih untuk menggatal. 

Semenjak peristiwa kantoi itu, saya menjadi isteri yang 'lemah'. Kalau dulu lampu rumah perlu ditukar, sayalah yang akan memanjat tangga untuk menukar lampu. Namun sejak peristiwa itu, jam dapur habis bateri pun saya akan minta suami yang tukarkan. Saya tidak lagi berdikari seperti dahulu. Saya akan buat mengada-ngada sampai kereta kehabisan minyak pun saya tidak akan isi sendiri. Saya hanya buat kerja rumah seperti biasa. 

Selepas peristiwa itu juga, saya demand 'bersama' dengan suami setiap malam. Alasan saya, kalau dia berniat mahu menambah cawangan, maksudnya dia mampu berlaku adil dari segi batin juga. Jadi kalau ada dua isteri, kena selang hari. Jadi kena mampu beri setiap hari, kan? Hahaha! 

Walaupun saya pun adakalanya penat, namun digagahkan juga menggoda suami setiap malam nak bagi dia ON sampailah dia mengaku, "Ada seorang isteri pun, I cukup-cukup makan je yang!!" Nahh, baru dia sedar nafsu itu tak selari dengan tanggungjawab dan kekuatan. Bila dia dah sedar diri, barulah saya slow sikit demand. Hehe!

Selama ini saya kongsi semua gaji saya untuk rumahtangga kami. Jadi satu hari, saya ajak suami duduk dan buat kira-kira. Gaji dia dan tolak semua perbelanjaan rumah kami memang tidak cukup kalau tak dicampur dengan gaji saya. 

Soalan terakhir dari saya kepadanya pada masa itu, "So mampukah awak nak menambah cawangan? Bukankah mampu nak tambah cawangan itu tak sepatutnya kerana isteri pertama bekerja dan dapat menanggung dirinya sendiri?" 

Sejak dari itu, saya sangat rapat dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak baik di asrama atau di rumah, mereka akan call/sms saya dan berkongsi cerita macam-macam. Pada ayah mereka, jarang sebab suami pun jarang menghubungi anak-anak seperti yang saya lakukan. 

Lalu saya pun berkata kepada suami, "Kita hidup semakin tua, bukan semakin muda. Kalau sekarang pun anak-anak tak ingat pada awak, tambah pula anak-anak tahu hal kantoi itu, jangan haraplah anak-anak akan melayan awak baik kalau awak masih nak menggatal!" 

Semasa suami dilamun cinta, suami call/WhatsApp janda itu setiap hari. Jadi saya tanya soalan simple ini pada suami, "Ada you call/WhatsApp anak-anak setiap hari?". Suami terus terdiam. 

"Orang-orang tua yang duduk di rumah orang-orang tua tu, merintih anak-anak tak dapat lawat atau jaga itu mesti kes semasa muda tak rapat dengan anak-anak, kan? 

"Anak-anak ini saham akhirat kita. Awak rasa anak-anak ke ke berdoa untuk awak bila masa hidup awak buat Ummi mereka merana?" 

Haha! Saya psiko suami sampai dia berubah 100%. Dia teurs menjadi rapat dengan anak-anak. Dia call/WhatsApp anak hampir setiap hari. Selain berdoa, solat tahajud, bersedekah, saya bersyukur satu perkara. Saya tak pernah berceritakan tentang hal kantoi itu kepada sesiapa walaupun ibu bapa saya sebab saya berpegang pada satu prinsip, 

"Bila kita marah suami dan menceritakan keburukan dia, nanti bila kita suami isteri dah berbaik, orang luar tetap memandang serong pada suami kita. Jadi jagalah aib suami selagi bergelar suami isteri. Biarlah hanya saya, suami dan Allah saja yang tahu. 

Alhamdulillah, walaupun berlakunya hal curang itu, saya berpendapat ada hikmahnya. Suami menjadi lelaki yang lebih bertanggungjawab, lebih penyayang dan lebih soleh. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gPMcXB
via IFTTT