Thursday, 26 October 2017

Hanya Mampu Menangis, Baru 3 Bulan Kahwin, Suami Kantoi Bersayang-sayang Dengan Kawan Sendiri


Berlaku curang bukanlah satu masalah baru dalam kehidupan seharian di kalangan kita. Pergaulan semakin bebas apabila banyak group whatsapp zaman sekolah dibuat. Fikir dari sudut positif, memang bagus menjalinkan kembali ukhuwah yang terputus.

Di sebalik teknologi di hujung jari kini, yang tak bagus apabila ada yang sudah berkahwin mula menjalinkan ukhuwah mesra sehinggakan berkasih sayang. suami mula curang dengan rakan sekolah dahulu. Sakitnya hati! Baca berikut ini luahan seorang isteri.


Saya cuma nak luahkan sedikit apa yang saya rasa sekarang. Saya baru 5 bulan berkahwin. Phone suami saya tak pernah saya tengok dari mula kenal bercinta, tunang dan sekarang sudah 5 bulan berkahwin.

Masa mula bercinta dia tipu saya yang dia single dan selepas seminggu berkawan baru saya tau dia boyfriend orang dan saya terkejut dia tipu saya tapi pada masa tu saya dan dia sangat menyayangi satu sama lain. Saya cuba untuk mengelak tapi semuanya perancangan Allah, ex dia pun memang dah tak nak dia lagi dan kami bercinta selepas tu bertunang dan masa bertunang dia kantoi mesej dengan beberapa isteri orang. Macam mana saya boleh boleh phone dia saya tengok sembunyi-sembunyi bila dia bukak phone.

Hati saya sedih tak sangka dia macam tu lagi tetapi kerana sayang saya masih maafkan dan menerima dia dan saya berdoa agar dia berubah. Selepas tu kami mendirikan rumah tangga pada awal 2017. Saya harapkan semuanya buka buku baru dan hidup bahagia. Tapi saya masih tak dapat pegang dan tengok telefon dia. Dia buat saya fikir bukan-bukan. Dia sendiri takde jawapan kenapa. Cuma dia cakap tu privacy dia dan saya tiada hak untuk tau.

Satu hari tu saya gaduh besar pasal phone. Saya tak tau apa yang penting sangat phone tu sampai saya dia sanggup naik tangan.


Sedangkan baru 3 bulan berkahwin masa tu. Saya cuba lupakan biarkan dan beberapa hari lepas malam saya nak tidur saya mimpi seolah Allah menunjukkan sesuatu pada saya untuk saya buka phone dia. Dan keesokkan harinya saya buat macam mana petunjuk yang saya dapat. Ternyata apa yang Allah nak tunjuk tu betul. Selama ni apa firasat saya betul.

Suami saya kantoi bermesra sayang-sayang dengan tunangan orang yang saya tahu perempuan tu adalah satu sekolah dia dulu dan mereka adalah group sekolah dan pernah beberapa kali pergi reunion tanpa saya bila saya cakap kenapa tak nak bawa saya dia bagi bermacam-macam alasan.

Tapi Allah tu adil dia tunjukkan juga pada saya. Perempuan tu biadap sangat katanya setakat kawan. Kawan macam apa kalau bersayang-sayang. Bila perempuan tu perasan cara suami saya mesej lain dia terus bertukar cara cakap.

Ada 1 group tu pun siap ada gambar suami saya, dia dan 2 orang kawan. Siap suruh remove bila dia perasan lain. Nampak sangat takut. Betapa hancurnya hati saya yang baru 5 bulan berkahwin.

Saya tak sangka dia masih belum berubah. Berapa banyak kali saya maafkan dia masih macam tu lagi. Saya tak tahu apa tindakkan yang perlu saya buat. Apa yang saya cakap pada dia sekarang jangan cari saya lagi sebelum betul-betul berubah.

Sumpah demi Allah, saya sayangkan dia cuma saya sedih atas sikap dia yang tidak menghargai perasaan saya. Saya tak tahu apa cara dan tindakkan yang perlu saya buat. Report polis atas gangguan rumahtangga? Pergi pejabat agama? Saya rasa saya tak mampu nak buat apa. Hanya mampu menangis seorang diri.





Sumber: KRT via Aliff Channel


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gP2HqB
via IFTTT