Thursday, 26 October 2017

Anak Hampir Diculik, Bapa Dengan Berani Tendang Si Penculik Hingga Larikan Diri


Tidak kiralah Superman, Batman, atau Kluang-Man, bapa kita akan tetapi di hati sebagai adiwira pertama kita.

Ayah merupakan orang pertama yang melindungi kita, yang mengajar kita untuk menjadi kuat, dan memberi peringatan tentang bahaya orang di luar rumah.

Bagi ibu bapa pula, tiada perkara yang lebih ditakuti melainkan anak-anak mereka disakiti mahupun diculik. Ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab tidak sanggup berpisah dengan anak-anak mereka.

Andai si anak diganggu atau dicedera oleh sesiapa, pasti si ibu atau bapa yang akan menjadi pelindung pertama menyelamatkan anak-anak mereka.

Dalam dunia yang kian menjadi-jadi, ibu bapa perlu meningkatkan pengawasan dan perhatian kepada anak-anak mereka.

Peringatan demi peringatan perlu diberikan kerana manusia yang bertopengkan iblis ada di mana-mana sahaja.

Di China, seorang bapa sedang membeli belah di sebuah pasar awam bersama seorang anaknya. Keadaan di situ aman tanpa sebarang gangguan.


Boleh dikatakan tempat itu adalah selamat untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Tanpa disangka-sangka, seorang lelaki mengekori mereka daripada belakang. Nampaknya, lelaki ini sudah bersiap sedia untuk melakukan sesuatu yang kejam terhadap si kecil itu.

Selesai membeli barangan, si bapa dan anaknya itu pun beredar. Lelaki tersebut bertindak pantas dengan menarik si kecil itu daripada pegangan ayahnya.


Berlaku sedikit pergelutan antara bapa dan penculik itu sehinggalah si penculik itu tewas. Padan muka!


Anak ini sangat bertuah kerana dengan sekali tendangan daripada si ayah, si penculik itu tewas dan melarikan diri.

Penculik ini juga sedar, jangan main-main dengan golongan bapa!


Kepada para ibu bapa, kejadian penculikan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sejak anak-anak masih kecil, berikanlah peringatan agar mereka berhati-hati dengan orang lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.

Sebagai ibu bapa juga, sentiasalah berikan persekitaran yang kondusif dan selamat kepada anak-anak anda.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gFFXpd
via IFTTT