Alhamdulillah, beruntung si isteri mempunyai suami yang memahami seperti lelaki ini, Akhtar Syamir, yang memberi keizinan pada si isteri buat apa yang dia minat. Sementara itu, si suami pula mengambil alih tugas menjaga anak-anak.
Begitulah kehidupan rumah tangga yang patut dijadikan sebagai contoh. Tidak meletakkan bebanan pada isteri dan juga tidak menyekat keinginan isteri. Berikanlah ruang dan masa untuk isteri melakukan apa yang mereka suka. InshaAllah keluarga bertambah bahagia. Semoga bermanfaat.
DARI jauh saya tengok dia, sibuk dia sedang berposing sana sini, bergambar dengan kawan-kawan baru. Nampak jelas keseronokan dia mengikuti kelas make up itu. Giliran saya menjaga anak-anak pula.
Tetapi malangnya ada yang saya dengar sendiri dari orang di sekeliling. Ada yang memperlekehkan bila si isteri nak pergi belajar make up, membazir katanya. Ada juga yang mempertikaikan bila isteri nak berzumba.
"Tak payah buang masa, you gemuk pun I sayang."
Tidak kurang juga ada yang tak ambil kisah bila isteri mahu mengikuti kursus perniagaan.
"Tak cukup ke I bagi you makan sampai nak berbisnes bagai?"
Kelas memasak pun tak boleh pergi.
"You masak nasi putih dengan telur mata pun dah sedap, dah."
Kelas bakeri takut nak benarkan,
"Nanti hari-hari dok makan roti, gemuk pula you. I tak setuju."
Kelas menjahit?
"Sepanjang hidup dengan I ini, pernah ke tak ada baju nak pakai sampai sibuk nak menjahit?"
Yang paling mengecewakan, kelas online pun tak boleh masuk. Sampai macam itu sekali. Itu belum lagi kelas agama, mengaji/fardhu ain dan lain-lain.
"Nanti-nanti sajalah," katanya.
Memang sedih apabila memikirkan yang pasangan sendiri terlalu negatif apabila si isteri mahu menambah ilmu dan buat apa yang dia minat. Kerana hasilnya nanti akan dikongsi bersama. Paling kurang pun boleh gembira dan tambah keyakinan diri.
Kena ubah mindset kita. Kita perlu ingat yang isteri juga ada keinginan dan cita-cita. Isteri bukannya hamba yang kerjanya nak menjaga suami dan anak-anak sahaja.
Saya namakan situasi sebagai 'Kebebasan yang terkawal'. Beri peluang kepada isteri untuk buat apa yang dia minat, asalkan ianya dalam kawalan. Mudah saja sebenarnya. Isteri yang gembira, keluarga juga akan turut gembira. Setuju tak? Kalau setuju, sharelah ye.
Sumber: Akhtar Syamir / BroOhsem via The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xYFO6P
via IFTTT