Hubungan intim yang dilakukan pada waktu terbaik tentu sahaja akan memberi nikmat luar biasa serta pengalaman berbeza buat anda dan pasangan. Malah waktu yang sesuai ini juga mampu membuatkan hubungan intim berlangsung dalam suasana yang menenangkan.
Pastikan anda dan pasangan memilih waktu-waktu terbaik ini agar hubungan intim anda berdua bertambah hangat sekali gus memberi peluang untuk anda memperoleh zuriat.
1. Sebelum Menstruasi
Melakukan hubungan intim sebelum tibanya menstruasi merupakan waktu yang terbaik. Pada waktu ini, wanita akan mudah terangsang sehingga memudahkan anda dan pasangan mencapai nikmat kepuasan dalam hubungan intim.
2. 14 Hari Selepas Menstruasi
Ini merupakan waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim di mana kesuburan seorang wanita meningkat dan kebarangkalian untuk hamil adalah lebih tinggi.
Menurut kajian Journal of Sexual Medicine, klitoris wanita akan berkembang hingga 20% lebih besar di sekitar waktu ini. Ini bermakna keinginan untuk melakukan hubungan intim bertambah dan tahap ghairah wanita akan lebih cepat.
3. Waktu Pagi
Pada waktu pagi lelaki akan bangun dalam keadaan ereksi dan tahap testosteron mereka juga akan berada di puncak. Ini memberi signal yang mereka selesa untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan pada waktu ini. Peningkatan kadar oksitosin dan endorfin yang dilepaskan setelah melakukan hubungan intim juga akan memberi signal yang lebih gembira apatah lagi ketika anda dan pasangan melakukannya pada waktu pagi yang menyegarkan. Di waktu ini juga suasana sekitar dan semangat anda berdua masih lagi tinggi sehingga mampu mencipta kenikmatan hubungan intim yang maksimum.
4. Ketika Hujan
Saat hujan tentu sahaja udara menjadi lebih sejuk untuk anda dan pasangan mendapatkan kenikmatan dalam hubungan intim. Pada waktu hujan, hormon seseorang cenderung untuk meningkat. Malah tidak hairanlah jika pada waktu ini banyak pasangan merasakan kenikmatan dan manfaat yang maksimum saat melakukan hubungan intim.
5. Selepas Bersukan
Menurut kajian The Journal of Neuroscience, bau peluh pasangan terutamanya selepas pasangan bersukan dapat menaikkan ghairah kerana pada ketika ini kadar testosteron pasangan berada di puncak. Bagi wanita pula, kajian University of Texas dari Austin menemukan bahawa wanita 169% lebih terangsang setelah bersukan.
6. Selepas Berdepan Dengan Stres
Seharian berada di pejabat ataupun menghabiskan waktu yang panjang di dalam kereta ketika pulang dari rumah tentu sahaja membuatkan anda mahupun pasangan keletihan. Hilangkan stres dengan melakukan hubungan intim yang menenangkan bersama pasangan. Aktiviti hubungan intim pada waktu ini akan memperbaiki perasaan dan stres yang anda alami sehingga membuatkan anda terlupa akan kepenatan yang telah anda mahupun pasangan lalui.
7. Di Tengah Malam
Kesunyian di malam hari pasti memberi mood yang berbeza untuk melakukan hubungan intim. Saat pasangan anda sudah tidur, perlahan-lahan kucup dengan lembut lehernya. Jangan terlalu memaksanya untuk terus berjaga sebaliknya perlahan-lahan usap dan hembus lembut belakang telinganya sambil mengucup bibirnya sehingga pasangan benar-benar terjaga. Tentu pasangan tidak akan menolak pelawaan anda untuk meneruskan aksi hubungan intim dengannya.
8. Waktu Bercuti
Sememangnya saat bercuti merupakan waktu yang tepat untuk melakukan hubungan intim bersama insan tersayang. Gunakan peluang ini untuk melakukan hubungan intim dengan penuh ghairah dan kejutan kerana anda dan pasangan boleh menikmatinya lebih lama berbanding biasa.
9. Sebelum Tidur
Pastinya melakukan hubungan intim sebelum tidur merupakan kegemaran ramai pasangan suami isteri kerana ia merupakan penutup untuk aktiviti harian anda dan pasangan. Malah bagi wanita yang sedang berusaha untuk hamil, posisi berbaring ketika berhubungan intim meningkatkan peluang kehamilan hingga 27%. Ini kerana setelah berhubungan intim pastinya anda akan terus berbaring sehingga tidur.
Menurut kajian Journal of Circadian Rythms, kebanyakan pasangan dewasa (usia 18-51 tahun) cenderung berhubungan intim di malam hari dengan puncaknya pada jam 11 malam hingga 1 pagi dan dilanjutkan dengan tidur.
10. Sebelum Bekerja
Melakukan hubungan intim sebelum bekerja sememangnya menyenangkan kerana ia bakal memberi mood ceria kepada anda sepanjang hari. Tidak perlu tempoh yang lama, anda dan pasangan hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk melakukan hubungan intim. Tentu sahaja anda mahupun pasangan akan lebih bersemangat sepanjang hari di tempat kerja.
Sumber: http://ift.tt/1UtYhQo
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ztwvgi
via IFTTT