SEORANG wanita tampil mendedahkan dia terkejut apabila individu yang dikaitkan dengan Shahir Zawawi iaitu Mona Syamimi bercinta dengan pemain bola sepak Terengganu ketika dia dengan bintang sukan itu baru seminggu putus cinta.
Nusaiba Bakar, 19, berkata, berita percintaan antara Mona Syamimi dengan Mohd Ridzuan Mohammad Razali hanyalah cubaan Mona untuk menutup kesnya dengan Shahir selepas pemuda itu menafikan mereka mempunyai hubungan seperti didakwanya.
"Apa benda yang Mona mengarut, kami putus pun tidak sampai seminggu lagi, itu pun belum betul-betul putus, tidak mungkin (Mohd Ridzuan) sudah bercinta pula dengan Mona?
Norsaiba mendakwa hubungan dia dengan Mohd Ridzuan belum benar-benar putus.
"Saya rasa Mona sengaja gunakan Ridzuan sebab nak tutup malu sahaja. Tapi dalam hal ni saya yang malu kerana orang sekeliling fikir saya masih bersama Ridzuan dan jadi mangsa Mona," ujarnya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Nusaiba berkata, hubungannya yang dibina dengan pemain bola sepak itu selama tiga tahun putus akibat sikap lelaki berkenaan sendiri.
Tambahnya, biarpun masih terluka, dia berasa lega tidak terperangkap dalam hubungan berkenaan.
Shahir nafi ada hubungan istimewa dengan Mona.
Awal minggu lalu, Mona menjadi perhatian apabila memuat naik foto-foto mesra bersama penyanyi Shahir Zawawi sehingga mengundang pelbagai spekulasi negatif terhadap penyanyi berkenaan.
Wanita berstatus ibu tunggal anak dua itu kemudian mendedahkan menerima pelbagai mesej istimewa daripada penyanyi tersebut. Bagaimanapun, Shahir menafikan perkara itu dan menganggap wanita tersebut sekadar seorang peminat.
Tidak lama selepas itu, Mona memberitahu dia tidak mahu lagi bersama penyanyi tersebut dan kini mempunyai kekasih baharu iaitu pemain bola sepak Terengganu.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2guqRCW
via IFTTT