Wednesday, 23 August 2017

Harga Petrol Minggu Ini Kekal, Manakala Diesel Turun 3 Sen


Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 kekal seperti minggu lalu sementara diesel turun sebanyak 3 sen berkuatkuasa tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut portal Paultan.org, RON95 kekal dengan harga RM2.15 seliter manakala RON97 pula RM2.43 seliter.

Sementara itu, harga baru diesel yang turun 3 sen pula RM2.01 seliter berbanding RM 2.04 seliter.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 24 Ogos hingga 30 Ogos 2017.




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2v5hzam
via IFTTT