DYMM Sultan Ibrahim baru baru ini mengeluarkan kenyataan mencabar pasukan Polo wakil Malaysia daripada Sukan SEA 2017 untuk bertanding menentang pasukan Polo tmiliknya di Johor.
Beliau juga menjemput Menteri Belia dan Sukan , Dato’ Khairy Jamaluddin untuk menentang pasukannya di Johor , tempat bermulanya sukan Polo itu sendiri.
DYMM Sultan Ibrahim juga menjemput seluruh rakyat negeri Johor tersendiri untuk menonton pasukannya menentang pasukan Sukan SEA 2017 bersama Dato’ Khairy Jamaluddiin juga.
” Pasukan yang bertanding untuk sukan polo di Temasya Sukan Sea 2017 ini ibarat hanya untuk cukupkan syarat pertandingan sahaja. Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan.
Saya cabar pasukan polo Sukan Sea supaya datang ke negeri Johor dan tunjukkan taring mereka yang saya dengar handal sangat. Hari ini lawan Singapura.
Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang ‘perform’ berpura-pura mengalami kecederaan. Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal.”
“Saya menjemput Menteri Belia dan Sukan untuk datang dan tidak menghampakan kehendak rakyat untuk melihat pasukan anda mengalahkan pasukan Johor.
Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor. Saya akan hantar dua anakanda saya dan dua orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi.
Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan Sea itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka.”
“Polo di Johor sudah bermula sejak tahun 1884, bukannya semalam baru beranak. Semasa saya menjadi Tunku Mahkota, saya sudah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia untuk sukan tersebut.
Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan Sea, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor.” katanya dipetik dari laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.
Sumber: http://ift.tt/2vtVXjd
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vaZNCL
via IFTTT