INDIA - Seorang remaja perempuan terpaksa melahirkan anaknya di tepi jalan selepas kakitangan sebuah pusat perubatan enggan membantunya, lapor Daily Mail.
Remaja berusia 17 tahun dari Saraikela, Daerah Kharsawan, di Jharkland, timur India, menjalinkan hubungan dengan lelaki yang juga berasal dari kampungnya sehingga dia disahkan mengandung..
Bagaimanapun, lelaki yang tidak dapat didedahkan namanya itu bertindak meninggalkan teman wanitanya selepas remaja berkenaan memaklumkan bahawa dirinya hamil.
Lebih malang lagi apabila keluarga remaja itu sendiri enggan membantu kerana bimbang maruah keluarga mereka tercalar. Remaja berkenaan kemudian dihalau keluar dari rumah.
Menurut penduduk tempatan, mereka melihat remaja berkenaan menjadi gelandangan lebih dari empat bulan semenjak kejadian itu berlaku.
Isnin lalu, sekitar jam 7 petang, remaja terbabit mula menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin dan telah pergi ke sebuah pusat perubatan tempatan, Hospital Chandil, untuk meminta bantuan. Tetapi kakitangan hospital itu enggan menerima dan memberi bantuan perubatan kerana remaja itu tidak ditemani oleh penjaganya.
Pada jam 5 pagi keesokkan hari, remaja itu dilaporkan bersalin bayi perempuannya di tepi jalan, 30 meter dari hospital tersebut.
Seorang pejalan kaki menyedari pakaian ramaja terbabit penuh dengan darah dan bayinya yang masih bertali pusat kemudian menghulurkan bantuan.
Om Prakash Sharma, 50, penduduk tempatan di situ berkata, "Si ibu dan bayinya terbaring kesakitan di jalan raya. Saya terpaksa menjaga mereka seketika bagi mengelakkan ibu dan anak itu dilanggar kenderaan yang lalu lalang.
"Seorang lelaki pergi ke pusat perubatan berkenaan dan cuba meminta bantuan, namun pihak berkenaan enggan memabntu. Katanya, mereka tidak dapat menerima dan membantu remaja itu kerana ketiadaan penjaganya yang datang bersama. Kami kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis," katanya.
Tidak berapa lama kemudian, pegawai perubatan Hospital Chandil, Doktor Lakhindra Hansda datang untuk memotong uri bayi remaja berkenaan.
Om Prakash kemudian menyewa sebuah kereta sewa untuk menghantar dua beranak itu ke Hospital Chandil selepas sekumpulan wanita berjaya mendaftarkan dua beranak itu di hospital berkenaan untuk menerima rawatan.
Doktor Lalita Kashyap, pegawai perubatan di hospital itu berkata, "Ketika itu hanya ada dua jururawat di hospital, yang sedang sibuk menyambut kelahiran bayi kembar apabila kami dimaklumkan mengenai kes remaja berkenaan.
"Berlaku sedikit kekeliruan dan kami akan siasat perkara ini," katanya.
Remaja dan bayi perempuannya kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah dipindahkan ke pusat pelindungan wanita di Mahila Suraksha Griha, di Jharkhand.
Doktor Lakhindra Hansda berkata, "Si ibu dan bayinya berada dalam keadaan stabil dan kami akan maklumkan perkara ini kepada ibu bapanya. Semoga dia akan mendapat sokongan yang dia perlukan," katanya.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2glfiBi
via IFTTT