Jumlah perokok semakin hari semakin ramai, baik lelaki mahupun perempuan. Perokok tegar ini juga tidak kiralah tua atau muda.
Walaupun bahaya merokok telah diperkatakan dengan hebat, namun segelintir perokok tidak mengambil endah tentang perkara ini. Ikuti perkongsian oleh Mohd Syamirulah Rahim mengenai kisah seorang perokok.
Lelaki ini berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai serbaneka. Kita namakan dia sebagai "Ali". Sudah tentu bukan nama sebenar. Ali seorang yang rajin bekerja. Tinggal bersama ibunya dan adik perempuan, manakala ayahnya sudah meninggal dunia ketika Ali darjah enam.
Suatu tengahari, Ali mengangkat barang dari lori ke stor tempat dia bekerja. Bersama Ali, adalah dua orang rakan sekerjanya. Mereka bekerja di bawah terik matahari. Seusai barang dialihkan, mereka bertiga pun lepak dibawah pohon yang rendang berhampiran. Pemetik api dikongsi, tatkala masing-masing menghembuskan asap rokok berkepul-kepul.
Pulang ke rumah petang itu, Ali berasa badannya hangat. Seperti hendak demam."Ah, mungkin sebab tengahari tadi aku berjemur panas agaknya", getus hati Ali.
Pada keesokan harinya, Ali masih demam suam-suam kuku dan telah mula batuk. Tapi Ali masih bekerja seperti biasa.
Hampir dua minggu demam Ali masih tidak kebah-kebah. Selera makannya sudah mula berkurang, beliau kelihatan letih dan tercungap-cungap. Batuknya semakin kuat dan kerap sehingga Ali kekurangan tidur di waktu malam.
"Engkau ni Ali, dah macam pesakit asthma dah mak tengok! Jom ikut mak pergi hospital petang ini!". Emak Ali mula bertegas setelah dua hari Ali tidak bekerja kerana keadannya itu.
Sebaik sahaja tiba di Jabatan Kecemasan, Ali segera disorong ke ruangan asthma. Sangkaan MA bertugas, Ali mengalami serangan asthma.
"Tapi dia tak pernah ada asthma sebelum ini!" Ujar emak Ali. Ali terlalu tercungap-cungap untuk bercakap. Doktor segera datang, dan MA mengambil tanda vital sign Ali.
Tekanan darah Ali, rendah. 100/70. Nadinya pula laju, 120 sedangkan Ali tidaklah demam mana. Suhu badannya pula cuma 37.5. Namun berpeluh dan basah katil stretcher tempat Ali dibaringkan.
Kandungan oksigen didalam badannya (SPO2) nya rendah cuma 75%. Ali segera dibekalkan oksigen melalui facemask. Beliau disandarkan menegak. Saluran intravena dipasangkan dan cecair normal saline (NS) disalurkan masuk.
Juruxray berserta mesin Xray mudah alih (portable xray) dipanggil. Keputusan xray dilampirkan didalam gambar. Gambar yang dilampirkan ini gambar dari carian Google.
Hasil keputusan xray menunjukkan paru-paru kiri Ali, dipenuhi cecair. Doktor segera membuat keputusan untuk "menebuk" paru-paru Ali. Prosedur tersebut adalah thoracocentesis, iaitu cecair di ruangan pleura yang menyelimuti paru-paru Ali, perlu dikeluarkan.
Cecair ini sedang menekan paru-paru Ali, menyebabkan ianya tidak dapat kembang sepenuhnya. Ali kini seperti orang kelemasan. Apabila jarum ditusuk ke rongga pleura Ali, cecair berwarna keputihan kekuningan keluar. Bagaikan...teh tarik. Namun lagi pekat. Nanah, Ya, nanah.
Gambar yang saya lampirkan adalah gambar SEBENAR nanah yang dikeluarkan dari "Ali".
Hampir 200ml cecair dikeluarkan namun tiada tanda-tanda ia akan habis.
Doktor memutuskan untuk menukar prosedur thoracocentesis dan memasukkan chest tube. Sebuah tiub berdiameter hampir sebesar jari telunjuk, dimasukkan ke dalam rongga pleura Ali. Tiub ini akan dipasang ke sebuah bekas vakum, yang akan terus terusan menyedut nanah dari ruang pleura paru-paru Ali.
Hampir satu liter nanah dikeluarkan. Ali semakin stabil. Bacaan oksigennya sudah meningkat ke 98% dengan bantuan wayar oksigen (nasal prong). Ali juga sudah tidak sesak nafas dan tidak lagi tercungap-cungap.
Ali dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Chest tube tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya tiga hari, setidaknya sehingga habis nanah dikeluarkan. Ali pula, perlu berada di wad untuk diberikan antibiotik kuat, Ceftriaxone, melalui saluran intravena untuk tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.
Ini bermaksud, dua minggu Ali perlu berada di wad. Beliau perlu menjalani latihan physioterapi yang intensif bagi memastikan paru-paru beliau kembali kembang dan berfungsi seperti sediakala. Jika tidak, beliau bagaikan manusia yang hidup dengan sebelah paru-paru sahaja. Berjalan 100 meter, sudah tercungap kebiruan.
Penyakit yang Ali hadapi ini, namanya Lung Empyema. Atau Empyema Thoracis. Ia berlaku kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Orang sihat, kebiasannya mampu "mengalahkan" kuman ini dengan mudah.
Namun bagi orang tertentu, mempunyai sistem imun yang lemah, jangkitan kuman yang biasa mudah sahaja merebak pantas, akhirnya membentuk koloni kuman yang besar seperti empyema.
Ali tidak pernah dijangkiti Batuk Kering (TB). Beliau juga tiada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, atau jangkitan HIV Beliau cuma seorang pemuda berusia 24 tahun yang sihat tubuh badan, bekerja buruh dan hidup bersama keluarganya. Oh ya, beliau cuma merokok sekotak tiga hari. Sejak umur 17, itu sahaja.
Merokok, menyebabkan sistem imun badan terutamanya di kawasan paru-paru yang lemah. Kerana itulah perokok, lebih berisiko mendapat empyema berbanding orang lain.
Tanyalah mana-mana doktor, pasti pernah menjumpai dan merawat pesakit seperti Ali. Pesakit seperti Ali, muncul sekurangnya sekali dalam dua bulan. Di hospital besar khasnya, mesti ada at least seorang pesakit empyema at all time. Ini kerana pesakit seperti Ali ini, perlu duduk lama di hospital paling tidak 2 minggu.
Penyakit empyema, menyerang pesakit majoritinya lelaki berusia 20 hingga 40 tahun. Most productive age, kita kata. Kesian kan, muda-muda sudah kena tahan wad dua minggu ke sebulan.
Majoriti kes empyema ini, akan berulang. Puncanya adalah kerana risk factor masih ada. Iaitu pesakit masih merokok, tak serik-serik. Recurrent empyema, akhirnya akan menjadi chronic lung disease. Umur 50 dah perlu bantuan oksigen sepenuh masa.
Rawatan untuk empyema ini agak sukar dalam anggaran 15 ke 50 peratus pesakit empyema, gagal dirawat dan meninggal dunia atas pelbagai faktor. Ali? Tiga hari didalam wad, demam Ali masih tidak mahu kebah. Ali masih batuk- batuk kuat walaupun penatnya berkurangan.
Pada pagi hari ketiga, Ali batuk kuat. Macam nak tersembur paru-paru dari mulutnya. Tiba-tiba, tersembur darah bercampur kahak yang banyak. Ya, secara literal, Ali mengamburkan paru-parunya dengan batuk. Ali mengalami komplikasi yang dinamakan bronchopleural fistula. Jangkitan yang ada, memamah isi paru-paru Ali sehingga ke bronkus (saluran pernafasan).
Dalam masa beberapa minit, Ali telah pengsan dan pucat. Doktor berhempas pula cuba menyelamatkan. Masuk tiub pernafasan. Tekan dada dan melakukan CPR. Beberapa jam kemudian, Ali disahkan meninggal dunia. Pulmonary hemorrhage iaitu pendarahan dari salur darah arteri pulmonari yang cedera ketika Ali batuk kuat tersebut.
Lagi kita nak benarkan rokok dijual dengan lebih mudah didapati?
Sumber: Mohd Syamirulah Rahim. Medical Mythbusters Malaysia (M3) via Siakapkeli
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2vnUo6A
via IFTTT