Baru-baru ini kisah tiga pemuda yang ke Jepun dan membuat onar serta acah-acah samseng menjadi viral sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Kali ini rakyat Malaysia buat hal lagi di Jepun dan ruang solat di Lapangan Terbang Kangsai pula jadi mangsa.
Menurut laporan mStar Online, gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Tok Sheikh itu menunjukkan dua orang wanita yang dipercayai rakyat negara ini sedang tidur di ruangan tersebut.
Tok Sheikh adalah seorang pekerja di sebuah syarikat pelancongan yang sering berulang-alik ke negara itu. Jelas kelihatan di gambar, beberapa helai pakaian basah yang disidai di tiga buah kerusi dan besi penyangkut yang disediakan di ruang bersaiz kecil itu.
Malah, papan tanda mengenai kelakuan yang boleh mengganggu keselesaan pengguna lain sudah terang-terangan diletakkan di situ.
Tindakan mereka itu jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
"Gambar tersebut diambil semasa mereka ingin menggunakan ruang solat (wanita) dan mendapati dua orang perempuan telah tidur dan basuh pakaian mereka di situ.
"Mereka turut sidai pakaian di dalam bilik itu sedangkan papan kenyataan sudah menyatakan apa yang tidak boleh dibuat ketika berada di dalam ruang solat berkenaan," kata Tok Sheikh.
Dia juga kesal dengan perbuatan rakyat Malaysia yang sering menyalahgunakan kemudahan awam yang disediakan.
"Sekiranya nanti kemudahan seperti ini ditarik balik, ia akan menjadi masalah kepada semua pelancong yang ingin solat di tempat yang disediakan.
"Kepada mereka yang ingin belajar melancong ke luar negara, hendaklah juga belajar menjaga adab kerana kita membawa nama negara.
"Jika perkara seperti ini terus berlaku, ia amat memalukan kerana nila setitik rosak susu sebelanga," tambahnya.
Sumber: Kaki Share
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wggU4K
via IFTTT