BRAZIL - Viral video seorang wanita membelasah anak perempuannya berusia 17 tahun selepas remaja itu memaklumkan kepada ibunya bahawa dia telah mengandung.
Difahamkan kejadian itu berlaku di kawasan perumahan flat di negara Brazil.
Video yang dirakam oleh orang awam yang kebetulan ternampak kejadian itu berlaku, menunjukkan si ibu mengheret anak perempuannya itu dengan menarik rambutnya.
Wanita itu kemudian duduk di atas badan anaknya sebelum menampar muka dan menghentak kepada mangsa di lantai berkali-kali tanpa belas kasihan. Malah dia menahan tangan anaknya itu daripada melawan agar dia dapat mengerjakan remaja itu secukupnya.
Mangsa cuba melindungi mukanya dari terus ditampar wanita berkenaan, namun gagal apabila dia bertubi-tubi dipukul dari pelbagai arah.
Juga kelihatan beberapa kesan darah mangsa di lantai selepas si ibu berhenti membelasahnya.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wOk3u2
via IFTTT