Tuesday 29 August 2017

Jangan Sekali-Kali Letakkan Telefon Berdekatan Dengan Kepala Anak, Anda Pasti Terkejut Akibatnya..


Masih lagi ada sesetengah ibu yang seringkali meletakkan telefon berdekatan dengan bahagian kepala anak kecil mereka ketika si comel itu sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Tanpa disedari, tindakan sedemikian sebenarnya boleh mengundang padah dengan bahaya yang tidak nampak.


Seorang bekas jurutera Intel dan Western Digital telah berkongsi tentang bahaya ini di media sosial dengan menyatakan radiasi yang terhasil daripada gelombang isyarat telefon pintar itu berupaya menjejaskan sel-sel otak anak-anak kecil yang sedang membesar dan berkembang. Perkara ini bukanlah satu perkara yang terbaru tetapi berbagai pihak telah pun membuat kajian terperinci tentangnya.

Sehubungan itu, ibu bapa di luar sana dinasihatkan tidak berbuat demikian di masa depan dengan tujuan untuk mengelakkan anak-anak kecil menghadapi risiko menghidap penyakit yang tidak diingini.

PERKARA ini kadang-kadang berlaku pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil menidurkan atau menyusukan anak, sambil itu reply mesej (pm) dari pelanggan. Kadang-kadang sampai tertidur. Sedar-sedar saja, telefon bimbit berada di kepala anak kecil.


Allah, masa itu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat betapa tidak bagusnya apabila telefon pintar ini diletakkan berdekatan dengan kepala anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya telefon pintar diletakkan berdekatan dengan bahagian kepala anak-anak kecil?

Radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat berbahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil kerana ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang terutamanya bayi berusia enam bulan ke bawah.

Antara risiko lain:

  • Kanser
  • Tumor otak
  • Parkinson
  • Alzheimer
  • Sakit kepala atau migrain
  • Sakit mata atau rabun


Risiko-risiko ini bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tetapi juga pada golongan dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan anda telah melakukan dua perkara ini:

Dah selesaikan semua urusan berkaitan dengan telefon bimbit.
Matikan WiFi atau data internet. Letak telefon jauh dari tempat tidur.

Ini baru kesan letak telefon di bahagian kepala, belum masuk lagi kesan anak-anak bermain telefon. Nanti saya kongsikan lagi maklumat mengenainya.

Sumber: Nana Farhanah via MediaMaklumat


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xJnvmj
via IFTTT