“Siti Sarah Pitam Belakang Pentas” – Dedah Shuib Tentang Isterinya Tak Muncul Di Segmen Akhir GV3
Minggu lepas di segmen terakhir Gegar Vaganza, Siti Sarah dilihat tidak munculkan dirinya.
Segmen “ada lagu, ada lagi” menjadi tumpuan kerana itu merupakan kemuncak rancangan Gegar Vaganza.
Ini jawapan Shuib mengapa isterinya itu tiada di segmen tersebut.
Sarah Pitam
“Benar, keadaan kesihatan Sarah tidak begitu baik di konsert keempat yang lalu. Selepas selesai persembahan, Sarah pitam di belakang pentas. Keadaan itu terjadi kerana Sarah tidak cukup makan.
Sakit Tekak
“Tekak Sarah juga koyak. Alhamdulillah, Sarah kini semakin beransur pulih. Dia masih lagi berehat dan belum lagi memulakan sesi latihan untuk minggu ini. Insya-Allah, Sarah akan lakukan yang terbaik untuk konsert seterusnya Ahad ini,”
Sarah Sedang Kecewa
“Sarah memberitahu yang dia sedih dan kecewa. Namun begitu, saya sebagai suami menasihati Sarah agar dia tidak memikirkan lagi mengenai perkara tersebut kerana semuanya sudah berlalu.
“Saya faham apa yang Sarah rasakan kerana sebelum ini saya juga mempunyai pengalaman terlibat dalam program yang dijalankan secara langsung seperti Maharaja Lawak Mega.
Buat Sehabis Baik
“Saya katakan kepada Sarah, apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak akan menjadi. Jika selepas berusaha, perkara yang kurang baik terjadi, pasti ada hikmah. Apa yang penting, buat sehabis baik dan serahkan semuanya kepada Allah,”
Semoga Siti Sarah cepat sembuh dari sakitnya. Persembahan Sarah juga memang selalunya mantap. Teruskan usaha. -PENMERAHDOTCOM
The post “Siti Sarah Pitam Belakang Pentas” – Dedah Shuib Tentang Isterinya Tak Muncul Di Segmen Akhir GV3 appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://penmerah.com/hiburan/siti-sarah-pitam-belakang-pentas-dedah-shuib-tentang-isterinya-tak-muncul-di-segmen-akhir-gv3/
via IFTTT