Rumah Tangga Goyah, Ini Kenyataan Penuh Dari Diana Danielle Yang Dinanti Ramai
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle sedang melalui fasa yang agak sukar apabila rumah tangga yang dibina sedang goyah.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Diana Danielle yang telah pergi mendapatkan nasihat peguam syariah tentang masalah rumahtangganya.
Hari ini, melalui BH, Diana Danielle telah meluahkan isi hatinya.
Jom baca:
Masalah Rumah Tangga Memang Berlaku
“Perkara itu(ke mahkamah) memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan. Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam. Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,”
Tidak Bersemuka
“Tindakan (ke mahkamah) saya itu bagaimanapun, tidak tepat kerana tidak terlebih dulu bersemuka dan berbincang dari hati ke hati dengan suami. Saya hanya memikirkan hati sendiri yang terluka, tanpa menyedari saya juga pernah melukakan hati suami”
Farid Kamil Terkejut Diana Ke Mahkamah
“Tidak dinafikan, Farid terkejut dengan tindakan saya ke mahkamah. Bagi saya, apa yang berlaku itu menjadi maran buat Farid yang tidak pernah menyangka, saya berani bertindak sejauh itu,”
Saling Memendam Rasa, Jadi Barah
“Apa juga masa yang timbul, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan ketidakpuasan hati, bukan memendam rasa. Sebelum ini, kami ‘makan hati’ dengan sikap masing masing yang tidak mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Lama kelamaan, ia menjadi barah dalam rumah tangga,”
Semoga pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dan kembali bahagia.
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2012 dan mempunyai dua orang anak yang comel. -PENMERAHDOTCOM
The post Rumah Tangga Goyah, Ini Kenyataan Penuh Dari Diana Danielle Yang Dinanti Ramai appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2eBpS3X
via IFTTT