LHDN Tampil Jawab Kenyataan Dari Nora Danish
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akhirnya memberi jawapan tentang kenyataan dari pelakon popular Nora Danish.
Potongan cukai untuk ‘penampilan diri’ kepada penggiat seni memang sudah diberikan selama ini oleh kerajaan.
Kerajaan sedia memberikan potongan bagi bayaran jurusolek dan sewaan pakaian, selain beberapa kos lain seperti pengurusan artis dan pengiklanan, kata seorang jurucakapnya.
Malah kos perjalanan seperti petrol, tol dan caj parkir juga boleh dimohon untuk dikecualikan cukai, kata pegawai perhubungan awam LHDN, Masrun Maslim.
Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan Nora Danish dalam sebuah akhbar semalam yang menyeru kerajaan memberikan ‘sedikit pelepasan’ cukai atas faktor kerjaya artis yang sentiasa perlu dilihat menarik dalam berpenampilan.
Ini komen wakil LHDN:
Tiada Peruntukan Tertentu
“Untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan.
“Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka,”
Kena Hantar Borang B
“Setiap tahun mereka kena hantar Borang B. Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun.
“Mereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois (termasuk, pembelian alat solek), baucer, bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain,”
Perbelanjaan Operasi
“Sebenarnya, terma yang kami gunakan bukanlah pelepasan cukai sebaliknya terma yang betul ialah perbelanjaan operasi sebagai artis dan selebriti,”
Tambahnya, kebanyakan penggiat seni dikenakan cukai tinggi kerana tidak menghantar borang cukai.
Artis juga sering gagal menyediakan penyata pendapatan yang lengkap dengan dokumen sokongan. -PENMERAHDOTCOM
The post LHDN Tampil Jawab Kenyataan Dari Nora Danish appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2fALlr5
via IFTTT