Wednesday, 23 November 2016

KEJAM! Budak 2 Tahun Mati Dipukul Teman Lelaki Ibunya & Diawet Dalam Tong Ikan


SUNGAI PETANI - Mayat seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemui diawet dalam tong ikan, manakala kakaknya, 4, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital, dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya dalam kejadian di Flat Paya Nahu, awal pagi ini.

Kejadian itu terbongkar selepas berlaku pergaduhan di antara ibu mangsa berusia 26 tahun dengan suspek pada jam 1.20 pagi tadi sehingga memaksa campur tangan dari pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat awal kejadian pergaduhan di sebuah rumah di flat terbabit, jam 1.25 pagi. 

"Sepasukan anggota polis tiba di lokasi pada jam 2 pagi dan menemui seorang wanita mengatakan anak perempuannya dipukul oleh teman lelaki dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan. 

Mangsa berusia 4 tahun itu ditemui dengan pelbagai kecederaan di muka dan lebam seluruh badan dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.

"Wanita itu kemudian memberitahu anak lelakinya dipukul sehingga mati oleh lelaki yang sama dan disimpan dalam satu tong di dalam bilik," katanya. 



Hasil pemeriksaan polis menemui mayat budak lelaki di dalam tong dalam keadaan reput dibalut dengan toto, kain batik dan pita perekat.

Polis kemudian menahan suspek lelaki berusia 34 tahun serta ibu mangsa di Blok A14 flat berkenaan pada jam 6 pagi tadi. Kedua-duanya didapati positif dadah amphetamine.

"Siasatan awal polis mendapati ibu kandung mangsa dan teman lelakinya mendera si mati dan wanita itu memberitahu anaknya meninggal dunia pada 9 November lalu," katanya. 

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gik652
via IFTTT