Wednesday, 1 January 2020

Kontrak Baharu Kenderaan Kerajaan - Vellfire Dan Accord Ialah Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi


Menurut laporan Malay Mail berkaitan kontrak kenderaan yang bakal ditawarkan, kerajaan memerlukan 32 unit Toyota Vellfire untuk menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi.

Ia juga memerlukan lebih kurang 3,000 Honda Accord untuk pegawai-pegawai kerajaan. Vellfire dan Accord ini akan digantikan setiap empat tahun.

Kerajaan juga bercadang untuk menggantikan 1,300 unit kenderaan penguatkuasaan (Mobile Patrol Vehicles) dalam tempoh lima tahun akan datang dan juga 8,000 unit Proton Persona dan Saga untuk kegunaan jabatan-jabatan.

Kontrak kenderaan ini dibuka untuk semua selepas kontrak 25 tahun oleh Spanco tamat hujung tahun ini.


Kontrak baharu akan berjalan selama hanya 15 tahun dan akan membabitkan 12,500 unit kenderaan dengan jumlah RM300 juta setahun, bermula selepas tahun kelima.

Syarikat-syarikat yang akan membida untuk kontrak tersebut ialah Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto yang menjadi wakil pengedar jenama Haval.

Tidak dipastikan samada jawatankuasa pemilihan kenderaan oleh JKR masih digunakan dalam proses pemilihan kenderaan-kenderaan kerajaan kerana kriteria-kriteria seperti penggunaan bahanapi dan kadar asap nampaknya tidak begitu ketara kepentingannya.

Kebanyakan negara-negara maju yang mempunyai jenama automotif sendiri akan menggunakan kenderaan buatan tempatan untuk ketua negara tetapi nampaknya Malaysia tidak mahu menurut konsep tersebut.

Malah, Proton Perdana yang direka khusus untuk menjadi kenderaan kerajaan juga tidak tersenarai. Tidak dipastikan samada kos pembinaan Proton Perdana terbaharu itu sudah balik modal ataupun tidak.

Sumber: Malay Mail via https://careta.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MLeKC6
via IFTTT