Tuesday, 21 January 2020

MK K-Clique Pakai Emas Sebab Minat, Dosa Itu Urusan Peribadi


Jika anda mengikuti Instagram milik penyanyi rap yang juga anggota kumpulan K-Clique iaitu MK, pasti dapat lihat beberapa perkongsian foto dirinya memakai aksesori barangan kemas. Perkara itu sekaligus menimbulkan rasa kecewa dan kurang senang dikalangan peminatnya.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata meskipun tahu tindakannya itu salah disisi Islam, namun dia tidak mahu menjadi hipokrit dengan dirinya dan tidak menjadi penghalang untuk terus meminati perhiasan berkenaan.

“Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi sebab minat, langgarlah (pakai juga). Bagi saya tu perkara biasa. Daripada jadi penipu, baik jadi diri sendiri. Sendiri mau tanggung, keep it real,” katanya.


Katanya lagi, apa yang dilakukannya itu adalah dosa peribadinya dan orang lain tiada hak untuk menjatuhkan hukum terhadap dirinya

“Kita masing-masing adalah pendosa, jadi ini bukan sebab untuk netizen menjatuhkan hukum,” katanya.

Dalam pada itu, MK berkata dia tiada niat untuk mencetuskan provisaki ataupun menunjukkan contoh tidak baik kepada peminatnya. Jelasnya, barangan kemas yang dipakai itu hanyalah untuk tujuan persembahan sahaja.

Sumber: https://ift.tt/2uLaEQ8


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2RADKOb
via IFTTT