Friday 24 January 2020

TERKINI: 3 Warga China Masuk Malaysia Disahkan Positif Koronavirus


Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini telah mengesahkan bahawa tiga warga China yang memasuki negara ini melalui Johor Bahru positif dijangkiti novel koronavirus.

Menerusi satu sidang media khas yang diadakan sebentar tadi, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa, tiga kes positif virus tersebut adalah di kalangan 8 individu warga China yang dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru.

Tambahnya, warga China yang disahkan dijangkiti dengan virus tersebut adalah merupakan ahli keluarga lelaki dari Wuhan, China yang didapati positif bagi virus itu di Singapura.


Ketiga-tiga warga China yang disahkan positif dengan virus tersebut kini dilaporkan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi rawatan lanjut.

Susulan daripada penularan virus ini, beliau menasihatkan kepada orang ramai untuk elakkan sebarang perjalanan ke China jika boleh.


Sumber: KKM Putrajaya via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2vgyrM5
via IFTTT