Friday 24 January 2020

Tiga Warga China Positif Virus Wuhan di Singapura, Lapan di Kuarantin di Johor Bharu


SINGAPURA: Jumlah individu yang disahkan dijangkiti koronavirus di Singapura sehingga hari ini, meningkat kepada tiga orang.

Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan perkara tersebut selepas hasil ujian yang dilakukan terhadap dua individu dari Wuhan, China didapati positif dijangkiti virus tersebut.

"Pesakit baharu yang berusia 37 tahun, merupakan anak lelaki kepada pesakit pertama turut disahkan positif Koronavirus.

"Pesakit kedua yang disahkan positif virus sama pula adalah seorang wanita yang berusia 53 tahun dari Wuhan yang tiba di Singapura, Selasa lalu," katanya memetik portal berita Channel News Asia.

Jelas laporan itu, wanita terbabit telah mendapatkan rawatan di Hospital Raffles selepas mengalami demam, batuk dan selsema.

"Kementerian Kesihatan mengenal pasti suspek positif virus itu semalam dan dia telah pun ditahan di Pusat Pencegahan Penyakit Berjangkit Negara," katanya.

Perkembangan mengenai virus itu bermula selepas Singapura melaporkan kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 66 tahun dari Wuhan dijangkiti Koronavirus, Isnin lalu.


Terdapat 44 kes yang disyaki novel koronavirus (2019-nCoV) dilaporkan di Singapura melibatkan pesakit yang berusia antara setahun hingga 78 tahun.

Hasil ujian yang dilakukan terhadap semua pesakit itu mendapati 13 daripadanya adalah negatif. - Astro Awani

LAPAN KUARANTIN DI JOHOR BHARU

Lapan warga China yang tiba bersama-sama seorang lelaki yang diuji positif koronavirus di Singapura telah memasuki Malaysia pada Khamis.

Bagaimanapun, mereka telah dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bahru untuk pemantauan lanjut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka akan dipantau sekurang-kurangnya seminggu.

“They are being monitored, they are isolated in a hotel and they will be monitored at least one week.They are not patients, they are being observed to see whether they have developed the symptoms or not, just in case since they have contacts with the confirmed case in Singapore. So far, none," kata Dr Lee.

("Mereka sedang dipantau dan diasingkan di sebuah hotel untuk seminggu. Mereka bukanlah pesakit, namun dipantau secara rapat untuk memastikan sama ada ada simptom koronavirus kerana mereka telah bersama-sama dengan seorang lelaki yang telah disahkan positif di Singapura," kata Dr Lee.)

Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah di Ipoh pada Jumaat.

Pada Khamis, seorang warga China diuji positif sekali gus menjadi mangsa pertama wabak koronavirus di negara seberang tambak itu.

Menurut laporan itu, seorang lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan, China tiba di Singapura bersama sembilan rakan lain, pada Isnin lalu menginap di Resort Shangril-La Rasa, Sentosa.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2vnUktf
via IFTTT