Mana perasaan sayang seorang ibu sanggup buang anak sendiri! Itulah nasib seorang bayi perempuan yang telah meninggal dunia dan masih bertali pusat ditemui oleh penduduk setempat di dalam longkang di kawasan lorong 10 Fasa 3, Bandar Baru Samariang, Kuching. Bayi tersebut dipercayai telah ditinggalkan sendiri oleh ibu kandungnya.
Berjaya mengenalpasti ibu bayi
Menerusi laporan Utusan Borneo, pihak polis walau bagaimanapun telah menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti identiti ibu kandung bayi berkenaan. Susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dan hasil daripada siasatan telah berjaya mengenalpasti identiti seorang wanita berusia 20 tahun yang disyaki merupakan ibu kepada bayi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, pihak mereka akan menahan wanita tersebut untuk membantu siasatan dan penahanan masih belum dibuat memandangkan wanita tersebut sedang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Tak mengaku melahirkan anak
Tambahnya lagi, pihak mereka sebelum ini telah menerima laporan daripada doktor yang bertugas di HUS yang memaklumkan bahawa pihak hospital ada menerima seorang pesakit perempuan yang mengalami pendarahan akibat bersalin dan menunjukkan tanda-tanda melahirkan anak.
Tetapi Sebaliknya Pula Yang Terjadi Apabila Wanita Itu Dilihat Seakan-Akan Mahu Menyembunyikan Kelahiran Anaknya Itu Daripada Orang Ramai.
Tetapi Malangnya, ‘Lakonan’nya Itu Terbongkar Selepas Orang Ramai Menemui Mayat Bayi Perempuan Itu Di Dalam Longkang Berdekatan Dengan Rumah Wanita Terbabit.
Apabila disoal, wanita tersebut tidak mengaku melahirkan anak.
Susulan kejadian itu, mayat bayi tersebut telah dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut dan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Sumber: Utusan Borneo, Berita Harian, https://ift.tt/2ByeaBO
from Sehinggit Media News https://ift.tt/36x6LiY
via IFTTT