Mencari pekerjaan tetap pada zaman sekarang bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tidak kira lah korang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sekalipun. Jika sudah diambil bekerja, pasti seseorang akan menunjukkan sikap komited terhadap kerja yang diberikan. Betul tak? Namun lain pula jadinya apabila majikan tidak memberi penghargaan setimpal dengan usaha pekerja.
Seorang pengguna Facebook, Ir. Abdul Rahman berkongsi satu kisah mengenai nasib seorang pekerja yang tidak dihargai oleh majikannya sendiri. Lebih menyedihkan, pekerja tersebut telah memberi sepenuh jiwa dan raganya terhadap kerja yang diberikan. Sedihnya!
Itu semua pilihan you
Sekadar gambar hiasan
Itu pilihan you, nak buat kerja selepas working hours. Ini rutin ku hampir setiap hari suatu ketika dahulu:
Pukul 5.30am: Teet..teet..teet..Alarm ku berbunyi. Aku bangun dari tidur, solat subuh dan bersiap2 untuk ke pejabat.
Pukul 6.30am: Aku memusingkan kunci kereta untuk menggerakkan keretaku ke pejabat. Ouch, jalan jem gila! Nasib baik ada “Geng Pagi Hot” menemani aku di sepanjang perjalanan. Kurang lah skit stress atas jalan raya ni.
Pukul 7.58am: Aku tiba di pejabat. Huh, nasib sempat punch card sebelum pukul 8am. Macam biasa, aku buat secawan kopi untuk memulakan hari ku di pejabat. Macam biasa juga, aku kena go through email (ada 25 unread email lagi), plan apa content nak reply email dan hadir mesyuarat dengan client.
Pukul 1.00pm: Aduhhh, cepatnya masa berlalu! Dah waktu rehat. Masa untuk makan tengah hari, solat dan release sebentar dari kerja.
Pukul 2.00pm: Aku masuk ke pejabat semula. Aku sambung reply email yang aku dah plan pagi tadi. Ya Allah, ada 50 email baru masuk pulak! 25 emails semalam pun tak sempat nak reply lagi. So, total dah jadi 75 unread emails. Nak tak nak, aku kena priorities email mana yang urgent, mana yang tak urgent.
Pukul 2.30pm: Hu, setel kerja aku untuk priorities mana email yang kena reply dulu. Now it’s time to reply all emails.
Pukul 4.30pm: Selesai replied 60 emails. Ada baki 15 emails lagi. Ada lagi 30 minit lagi sebelum time balik. Sempat nak habiskan reply email ni.
We have ad-hoc meeting
Pukul 4.50pm: Ada lagi 5 emails berbaki. Tetapi, tiba-tiba extension ku berbunyi. Allah, Boss pulak call. Kataku dalam hati. Aku pun angkat telefon. Boss: Man, come to Board Meeting now. We have ad-hoc meeting! Saya: Ok Boss. I come now.
Pukul 6.00pm: Ad-hoc meeting selesai. Selepas solat asar, aku pun bergegas turun ke basement parking dan aku buka waze dan pilih destinasi ‘home’ lalu waze memaparkan ETA pukul 8.00pm. Allah. Kena Maghrib dekat tengah highway lah jawabnya.
Pukul 8.45pm: Aku sampai di rumah lewat sikit sebab singgah solat Maghrib, singgah kedai Makcik Senah beli nasi bungkus dan isi minyak untuk perjalanan ke pejabat besok.
Pukul 9.30pm: Okay, dah mandi, solat isyak, dan makan malam. Aku check list PVR ku. Aku select “Recorded Buletin Utama”. Aku layan berita sekejap. Kang orang kata, aku ni katak di bawah tempurung pulak, tak tau isu semasa. Tengah syok layan Recorded Buletin Utama, ting2..WhatApp notification dari insan bernama Boss pop-up. Boss: Man, saya baru email issue from Site. Tolong check drawing sikit. Besok pukul 8am, see me at my room. Aku yakin Boss aku akan nampak double blue tick tapi aku tak reply pun. Jap lagi lah aku tengok apa yang Boss aku mintak tu. Aku nak habiskan layan Buletin Utama ni, kataku dalam hati.
Pukul 11.00pm: Selesai study sedikit lebih kurang apa yang Boss WhatApp aku tadi. So, aku pun reply WhatsApp kat Boss aku: OK Boss, see you tomorrow dan aku pun tidur. Tiba time annual performance review. Boss aku review aku nya self-appraisal. Dan Boss aku memulakan bicara. Boss: You letak self-appraisal Exceed Expectation? Kenapa? Aku: Sebab I always give full-commitment.
Selepas waktu bekerja pun saya masih bekerja termasuklah hari Sabtu dan Ahad. Dengan yakin aku jawab. Tapi ini jawapan Boss ku. Boss: itu pilihan you, nak buat kerja selepas working hours. Apa yang you buat selepas working hours tu still within your job scope. I cannot see why I need to give you Exceed Expectation. Whattt! Tiada perkataan lain yang timbul di kepalaku selain perkataan sakit hati, remuk dan berkecai.
Sekarang ini pilihan aku
Aku masuk kerja pukul 8am. Aku balik pukul 5pm. WhatApp Boss masuk pukul 9pm?? Aku abaikan. Besok je aku reply. Aku cuba luangkan masa bersama Family aku macam layan anak melukis,main kereta mainan sama2 and makan bersama family di meja makan. Have good time untuk diri sendiri macam tengok movie kesukaan dan berehat secukupnya. Cukup setahun aku buat macam tu, tiba masa annual performance review. Boss aku memulakan bicara.
Boss: Ok, you put Meet Expectation. Kenapa? Aku: Sebab saya buat apa yang di amanahkan kepada saya. Tak lebih, tak kurang. Boss: To be honest, your performance consider Below Expectation. Aku: Kenapa Boss cakap macam tu? Boss: Sebab you balik On-Time. My WhatApp, you lambat response and bla2. Aku: Boss lupa? Boss bagi saya pilihan last year. So, ini pilihan saya dan in the same time saya deliver kerja yang saya perlu deliver. Boss: (diam)
Kepada Majikan, ini nasihat saya. Do not play with a word. Wrong words will demotivated your staff. Kepada pekerja, ini nasihat saya. Kerja tidak akan pernah habis. Hargai masa yang ada untuk diri sendiri dan keluarga. By the end of the day, keluarga anda akan bersama anda sampai bila-bila bukan kerja anda. Moga bermanfaat. Assalam.
Sumber: Ir. Abdul Rahman Bahasa via Ohbulan.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2RILjDO
via IFTTT