Monday 12 February 2018

"WTP5263, Tolong Saya Cari Sampai Dapat…" – Dah Langgar Orang..Lari..!! Lepas Tu Berani Nak Pukul Dan Tikam Orang Lagi..!!


Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kita melihat insiden keganasan yang berlaku di atas jalan raya, seolah-olah sikap tolenrasi di kalangan pemandu di Malaysia menjadi semakin buruk dan memerlukan campurtangan pihak berkuasa segera.



Terbaru, seorang pemandu telah cedera setelah dipukul oleh pemandu kereta Proton Saga bernombor pendaftaran WTP 5263. Tidak cukup dengan itu, abang mangsa yang merupakan penumpang kenderaan mangsa telah ditikam oleh penumpang kenderaan suspek.

Kejadian yang berlaku di Kuchai Avenue itu bermula apabila kenderaan mangsa telah dilanggar pada bahagian hadapan oleh kenderaan suspek yang kemudiannya telah melarikan diri daripada tempat kejadian.




Mangsa yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu kemudiannya telah bertindak untuk mengejar suspek sejauh 400 meter sehinggalah suspek memberhentikan keretanya di lampu isyarat merah.

Abang mangsa kemudiannya telah keluar daripada kenderaan untuk memeriksa kerosakkan kenderaan mangsa sebelum beliau dipukul ole kedua-dua penumpang kenderaan suspek. Abang mangsa juga turut ditikam pada bahagian pahanya di dalam kejadian itu.


Tidak cukup dengan itu, suspek kemudiannya telah memukul mangsa setelah mangsa cuba berbincang secara baik dengan mereka. Keseluruhan kejadian telah dirakamkan oleh kamera dashcam daripada kereta mangsa yang kemudiannya telah dimuatnaik ke dalam laman Facebook mangsa. Laporan polis juga telah dibuat oleh mangsa sejurus selepas kejadian.


Sumber : Jimmy Soo via http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media http://ift.tt/2o1WEyF
via Merah Hati Cintaku