Polis menegaskan pihaknya masih belum jelas samada benar atau tidak M. Vasanthapiriya mencuri telefon bimbit mahal milik gurunya.
Harian Metro melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah itu adalah kabur dan tidak menunjukkan dengan jelas muka pencuri tersebut.
ketua polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, kualiti videonya adalah sangat buruk.
"Polis perlu pakar forensik untuk menjelaskan lagi rakaman itu untuk melihat siapa yang melakukannya."
Kenyataan ini dikeluarkan selepas beberapa media menyebut pelajar tingkatan dua yang mati itu sebagai pelakunya.
Thaiveegan juga mengingatkan yang setakat ini tiada laporan sah yang mengaitkan Vasanthapiriya dengan kes tersebut kerana polis sedang menunggu laporan forensik.
Sumber: CARI forum
from Sehinggit Media http://ift.tt/2nVCDdY
via Merah Hati Cintaku