Monday 5 February 2018

Saya Malas Nak Layan Nedim Dan Nora Danish Budak Tak Lepas SPM - Ibu Tiri


SETELAH beberapa kali insiden ‘perang’ di media sosial antara isteri dan anak lelakinya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akhirnya bersuara buat kali pertama.

Menurut Nazri dalam laporan disiarkan Mstar Online, isterinya Datin Seri Haflin Saiful Azhar telah menjadi mangsa buli siber anaknya Nedim Nazri Aziz yang juga merupakan suami kepada pelakon Nora Danish.

“Isteri saya (Haflin) telah jadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri.

“Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?” kata Nazri ketika dihubungi wartawan Mstar Online, Khamis.

Pertelingkahan terbaharu antara Nedim dan Haflin kali ini dipercayai bermula apabila Haflin mendakwa Nedim dan isterinya Nora Danish tidak ‘lepas SPM’. Walaupun berkata enggan memberi respon namun Nedim telah memuat naik pula Insta Story menyatakan Haflin menyebarkan berita tidak benar mengenai dirinya dan Nora.

Isu berterusan sehingga Haflin menyatakan secara terbuka yang Nazri tidak suka apabila Nedim tidak menghormati Haflin sebagai ibu tiri selain menyentuh isu ibu Nedim yang didakwa sering mengganggu suaminya.

Haflin kemudian memuat naik kenyataan di bawah:

“@Boss_ned (Nedim), bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, ia adalah kehidupan kamu dan dia hanya ingin kamu gembira.

“Bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah apa yang kamu fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya.

“Kamu mahu pengesahan, hubungi bapa kamu sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan telefon kepada dia,” tulis Haflin pada Rabu malam.

Haflin seterusnya memuat naik surat pengesahan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan yang jelas menyatakan Nazri merupakan suami kepada Haflin yang juga satu-satunya isteri beliau kini.

Haflin kemudian mencabar Nedim dan pengikutnya tampil bertemu dengan Nazri di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Isnin depan dipercayai bagi menyelesaikan isu antara mereka bertiga.

Sementara itu, Nedim pada petang Khamis kembali memuat naik Insta Story, dipercayai ditujukan kepada Haflin.

Tulis Nedim: “Quos Deus vult perdere prius dementat – sesiapa yang Tuhan mahu hancurkan, Dia akan jadikan orang itu naik gila.”

Haflin membalasnya dengan sarkastik apabila “memuji” kebolehan anak tirinya itu berbahasa Perancis sama seperti anak kandungnya dengan Nazri yang digelar ‘JP’. Ujarnya:

“Bonjour! (Hello!) anak tiri saya @boss_ned sudah pandai ikut adik JP cakap Perancis la!

“C’est magnifique (bagus). Saya tak kisah langsung jika orang fikir saya gila atau tidak. Apa paling penting bapa kamu mencintai saya dan cinta dalam hidupnya ialah JP”.


from Sehinggit Media http://ift.tt/2s8wJun
via Merah Hati Cintaku