Monday 5 February 2018

[GAMBAR] Aksi Cium Mulut Faliq Dan Chryseis Dengan Pakaian Tradisi Cina Yang Tak Patut Dipertontonkan


Pewaris empayar perniagaan terbesar di negara ini, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan selamat diijab kabul sekali gus menamatkan teka-teki kisah percintaan mereka yang tular di media sosial sejak tahun lepas.


Pasangan ini selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang. Lebih menarik lagi, selepas mereka diijab kabul, pasangan ini muncul dengan persalinan tradisi Cina yang cukup memukau.


Faliq mengenakan pakaian Samfoo iaitu pakai tradisional dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.

Manakala, Chryseis Tan mengenakan busana Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa.




Nampak seluruh keluarga kedua-dua pengantin mengenakan pakaian tradisi Cina termasuk adik-beradik Faliq iaitu Nadia Nasimuddin dan Diana Nasimuddin. Isteri kepada SM Nasarudin, Marion Caunter tidak kurang hebatnya tampil dengan Cheongsam berwarna Oren.



Ciuman Mesra Pengantin

Bagi yang menyaksikan majlis meraikan pasangan ini, satu adegan Faliq cium bibir isterinya. Tindakan itu mendapat kecaman kerana ianya dikatakan tidak patut dipertontonkan kepada umum apatah lagi disaksikan dalam media sosial.

Segelintir netizen turut menyifatkan pasangan itu tidak menghormati sensitiviti sebagai seorang yang beragama Islam.

Apa-apa pun, majlis ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan foto ini bukan dimuatnaik oleh Faliq mahupun Chryseis. Ia dimuatnaik oleh teman-teman rapat yang hadir pada majlis itu.


Faliq merupakan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn. Bhd sementara Chryseis yang berkelulusan Ijazah Seni Liberal Kajian Antarabangsa di Universiti Waseda, Tokyo merupakan Ketua Pengawai Eksekutif Berjaya Times Square.

Sumber: Hangat.com


from Sehinggit Media http://ift.tt/2BXcBej
via Merah Hati Cintaku