Sunday 11 February 2018

Majikan Tak Berhati Perut. Pembantu Rumah Didakwa Dibelasah Dua Beradik Maut


BUKIT MERTAJAM: Pembantu rumah berusia 21 tahun yang didakwa telah didera oleh sepasang adik beradik di Taman Kota Permai akhirnya meninggal dunia.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam selepas majikannya membawa wanita tersebut ke balas polis pada Sabtu malam.

Mangsa yang dikenali sebagai Adelina dari Medan, Indonesia datang ke negara ini dua tahun lalu untuk mencari pekerjaan.

Ketua Polis Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, polis telah menahan suspek wanita yang berusia 36 tahun dan abangnya, 39.

"Terdapat kesan lebam di kepala dan muka mangsa serta kecederaan di bahagian tangan dan kakinya.

"Cubaan untuk mendapatkan kenyataan mangsa ketika mangsa masih hidup tidak berjaya kerana dia dalam keadaan takut," kata Nik Ros.

Kedua-dua suspek direman sehingga 14 Februari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawak Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2Blh0ei
via Merah Hati Cintaku