Sunday 11 February 2018

'CCTV Rakam Memang Betul Pelajar Terbabit Ambil Telefon Guru' - Sumber Polis


NIBONG TEBAL: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh polis, menunjukkan pelajar tingkatan dua yang membunuh diri tempoh hari, mencuri telefon bimbit gurunya.

Namun sumber polis yang mengesahkan maklumat itu, enggan mengulas lanjut perkara terbabit kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan, sebaliknya meminta semua pihak menunggu proses inkues yang akan dijalankan.

Difahamkan, guru berkenaan sudah mengetahui perkara itu selepas melihat rakaman CCTV sekolah dan bertanyakan perbuatan terbabit kepada pelajar berkenaan, namun mendiang enggan mengakuinya.

Sebelum ini, polis sudah menyiapkan tiga kertas siasatan berhubung kes itu, sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Bagaimanapun, kertas siasatan terbabit dipulangkan kepada polis untuk ditambah beberapa siasatan lanjut termasuk tambahan keterangan beberapa saksi.

Pelajar perempuan sekolah menengah dekat Nibong Tebal itu, kemudian dipanggil empat guru sebelum bertanyakan mengenai perlakuannya mengambil telefon iPhone milik seorang daripada guru berkenaan.

Pelajar terbabit tidak mengaku tuduhan itu, tetapi kemudian bertindak menggantung diri ketika berada di rumahnya pada 24 Januari lalu, sebelum meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital pada 1 Februari.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EvSolk
via Merah Hati Cintaku