Tuesday, 22 August 2017

Walau Kalah Dengan KJ, Putera Mateen Tetap Menang Di Hati Kaum Hawa


JIKA diperhatikan garis masa di laman sosial sejak beberapa hari ini, tentu ramai yang perasan nama putera tampan dari Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah, menjadi sebutan netizen.

Semuanya kerana penyertaan beliau dalam acara ekuestrian polo Sukan SEA kali ini.

Petang tadi, ribuan mata menonton Putera Abdul Mateen dan pasukannya berentap dengan pasukan Malaysia yang turut diwakili Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang tidak kurang tampannya.

Apabila Prince Charming bertemu si tall, dark and handsome, maka kecohlah laman sosial.

Bagi peminat Putera Abdul Mateen, biarpun kalah di tangan KJ, beliau tetap berjaya memenangi hati mereka.

Jika golongan wanita terpesona, golongan lelaki pula mempersoalkan minat kaum hawa yang terhadap sukan itu yang timbul hanya kerana aura kedua-duanya.

Bukan sahaja kekacakan mereka yang menjadi perhatian, tetapi layanan baik terhadap peminat dan penyokong juga menjadi pujian.





Apa pun, gelagat penyokong dan peminat ini menambah kemeriahan Sukan SEA edisi kali ini.

Sukan menyatukan kita semua dan itulah semangat yang perlu dibawa tidak kira siapa pun yang bertanding.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xr1hoR
via IFTTT