Tuesday, 22 August 2017

Ini Memang Betul-Betul Pulau Babi


Apabila sebut tentang haiwan ini pasti menimbulkan rasa tidak senang kepada banyak pihak dan perkataan ‘babi’ seakan menjadi satu perkataan kejian dalam masyarakat Malaysia. Akan tetapi adakah anda tahu terdapat pulau yang dihuni oleh beratus-ratus babi yang jinak.

Terletak di Bahamas, pulau yang tidak berpenghuni ini didiami oleh beratus-ratus babi yang jinak sehingga ia menjadi satu tarikan pelancongan di sana.


Mempunyai hamparan pasir yang bersih, air laut yang biru sama seperti pulau yang lain namun perbezaannya adalah di sini anda dapat melihat babi-babi ini berenang dan bermain bersama.

Dikatakan wujudnya sekumpulan babi di sini apabila ada pelaut yang meninggalkan mereka di pulau ini untuk bekalan makanan namun pelaut tersebut tidak kembali untuk mengambil babi-babi ini.

Bermula dari situ babi ini beranak-pinak dan mejadi penghuni pulau ini.


Nama rasmi bagi pulau yang unik ini adalah Big Mayor Cay dan antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah berenang bersama mereka ataupun memberi makanan untuk mereka.

Sumber: VITDAILY


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2io3XRu
via IFTTT