Sunday, 7 May 2017

Sebelum Marah Pada Orang Parking Tak Betul Untuk Solat Jumaat, Tengok Dulu Video ini…


ISU lelaki Cina dipukul gara-gara biadap membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat di Johor Bahru Jumaat lepas, ternyata mengundang reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.

Ada yang mengatakan insiden tersebut seolah menggambarkan bangsa Melayu kini cepat ‘naik angin’ dan tidak kurang juga yang mengaitkan lelaki non-muslim yang dipukul itu jenis bebal tidak tahu sensitiviti agama.

Mungkin ada betulnya apa yang diperkatakan netizen.

Namun, hakikatnya isu kesesakan akibat sesuatu aktiviti bukan benda baharu.

Bukan hanya akibat sembahyang Jumaat, ada juga punca lain dari kumpulan kaum atau agama lain turut menjadi penyebab yang sama.

Bercakap mengenainya, tular sekarang ini satu lagi rakaman memaparkan kesesakan jalan raya yang dipercayai dirakam di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur  berhampiran kawasan sebuah sekolah beraliran Cina.

Pengguna di Lembah Kelang yang melalui jalan ini pasti pernah terkena kesesakan luar biasa yang berlaku hampir setiap hari di kawasan yang dimaksudkan.

Di awalan video, penunggang motosikal tidak dikenali itu menyoal punca sebenar mengapa jalan berkenaan semakin sesak dengan kenderaan dan ia dikatakan semakin teruk menjelang 2 petang.

Terjah punya terjah, akhirnya dia merungkaikan kepada penonton di mana deretan-deretan kenderaan yang parkir di bahu jalan secara sesuka hati untuk menjemput pulang pelajar sekolah merupakan punca utama mengapa kesesakan berlaku.

“Puncanya sekolah tepi jalan ini ha…dah macam jalan bapak diorang yang punya waktu ambil anak sekolah.

“Tak cukup satu line diorang nak buat satu lagi line, tengoklah sendiri dan korang nilai sendiri,” kata penunggang motosikal itu.


Bukan ingin mencari kesalahan namun jika diperhatikan ada kebenaran juga di sebalik luahan yang disampaikan.

Mungkin penggunaan bahasanya agak kasar namun apa yang ingin disampaikan adalah golongan pemandu khususnya orang ramai yang menggunakan jalan terbabit sejak dari dahulu lagi sanggup bersabar dan bertolak ansur dengan kerenah yang ‘anda’ cuba lakukan.

Sudahlah naik kepala sehingga menggangu laluan kenderaan, malah tiap-tiap hari pula tu. Apakah kebanyakan ibu bapa yang mengambil anak di sekolah-sekolah beraliran ‘ini’ hanya lebih mementingkan diri sahaja?

Jika segelintir pihak tidak setuju dengan kenyataan kami dan mengatakan solat Jumaat yang hanya dua jam itu menyebabkan kesesakan lalu lintas, jadi bagaimana pula dengaan kesesakan pada setiap hari yang berpunca daripada perangai tidak bertanggungjawab seperti ini?

Tujuan video ini dihasilkan oleh pihak yang tidak dikenali amat mudah yakni mahu memberitahu semua pihak termasuk masyarakat Cina bahawa di Malaysia ini, tidak ada satu pihak sahaja yang mendatangkan masalah.

Tak perlu nak taikotai sangat kerana banyak pihak lain pun bertolak-ansur dengan anda. 

Sumber: MYNEWSHUB.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pPl0gX
via IFTTT