Friday, 26 May 2017

Mufti Wilayah Persekutuan Buat Permohonan Maaf Terbuka Selepas Tak Pakai Helmet Ketika Bonceng Motosikal


Kuala Lumpur, 26 Mei - Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, membuat permohonan maaf terbuka kepada Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memakai helmet ketika membonceng motosikal.

Foto beliau berbuat sedemikian dimuat naik di Facebook hari ini.

Menjelaskan tentang kejadian itu, Dr. Zulkifli berkata sebenarnya beliau terlibat dalam program cerapa anak bulan Ramadan.

"Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi. Sebenarnya, kami terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadhan di Menara Kuala Lumpur. 

"Memandangkan jalanraya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalanraya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini.

"Justeru, kami ingin melafazkan permohonan maaf kepada pihak PDRM dan JPJ atas tindakan ini. Diharapkan tidak timbul salahfaham atas tindakan yang telah dilakukan.

"Selamat menyambut Ramadhan kepada semua rakyat Malaysia. Ramadhan Kareem." tulis beliau.

Pengguna Facebook memberi pelbagai reaksi tentang perkara itu yang rata-rata memuji Dr. Zulkifli kerana hanya membonceng motosikal.

Ahmad Shakir Jamaludin berkata: "Aku menyanjung tinggi akhlak & ilmu beliau.. Pernah bnyk kali mengikuti kuliah agama beliau.. Seorang yg tawaduk.. semoga aku dpt mengikuti akhlak mu, wahai tuan mufti.."

"Sebenar jawatan dato mufti setaraf exco. Boleh minta polis untuk escort. Mungkin dato mufti tidak mahu menyusahkan pdrm. Aper pon akhlak mulia yg d tunjukkan dato mufti patut d ikuti. X segan memohon maaf walaupun undang2 dunia saja." tulis Arbainramli Ramli pula.



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2r6ZJ3E
via IFTTT