Sunday, 28 May 2017

Sudah 13 Masjid Hentikan Saya Dari Memberi Kuliah — Ustaz Ahmad Awang


SEHINGGA hari ini sudah 13 buah masjid yang telah memberhentikan saya daripada memberikan kuliah. Ada masjid yang sudah 30 tahun saya sampaikan kuliah. Masjid ini bermula daripada sebuah surau dan kita bangunkan bersama sehingga di naiktaraf menjadi sebuah masjid. Ada juga masjid yang telah 10 tahun memanggil saya memberi kuliah turut memberhentikan saya tanpa sebarang notis.


Saya merasakan ini adalah disebabkan penyertaan saya bersama dengan Parti Amanah. Wujudnya sesetengah golongan yang merasakan apabila seseorang itu bertukar wadah siyasah seolah-olah menukarkan akidah. Tidak mengapa jika kuliah saya diberhentikan secara serta-merta, namun jika disebabkan kerana Parti yang saya sertai sekarang ia seharusnya menjadi muhasabah semula adakah itu tindakan yang tepat. 

Walau apa yang telah berlaku, segala kerja agama ini harus diteruskan sehinggalah saat Allah mengambil nyawa. Supaya di akhirat kelak apabila ditanya apa kerja agama yang telah dibuat. Kita mempunyai jawapan yang kukuh untuk dijawab dihadapan Allah.

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (١٣٩)

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman" (Al-imran: 139)

Ustaz Ahmad Awang

Sumber: Milo Suam


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qtDxgY
via IFTTT