Nama bintang Bollywood iaitu Aamir Khan bukanlah asing lagi di Malaysia. Dia juga popular sebaris dengan nama bintang lain seperti Shah Rukh Khan dan Salman Khan.
Walaupun beragama Islam dan sudah menunaikan ibadah haji, Aamir Khan di katakan tidak menyambut aidilfitri dengan isterinya lantaran mereka tidak sama agama. Isteri dan anaknya di khabarkan akan bercuti apabila Aamir Khan menyambut hari lebaran.
Menurut Aamir Khan, dia tidak terkilan dan kesepian kerana menyambut hari raya tanpa isteri dan anak kerana dia akan menyambut Aidilfitri bersama dengan sepupunya.
Aamir Khan pernah berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 1986 dan berpisah pada tahun 2002 dan menikah dengan isterinya terbaru 2 tahun kemudian sehingga sekarang.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2rmNcZU
via IFTTT