Wednesday, 3 May 2017

Saintis Buktikan Ada EMAS Dalam Najis Manusia. Ini Cara Yang Diajarkannya. Jangan TERKEJUT !!!


Saintis dari Amerika mendakwa telah menemui emas di dalam najis manusia dan jika ianya benar, ternyata tidak ada sesuatu yang sia-sia di muka bumi ini.

Dalam pembentangan kertas kerja pada Mesyuarat Kebangsaan ke-249 & Ekspo Persatuan Kimia Amerika di Denvar, Colorado, Amerika Syarikat, ahli sains mendedahkan bahawa, tahap logam berharga dalam najis manusia adalah setanding dengan yang terdapat pada beberapa lombong komersial.

Nilainya juga bukan calang-calang. Dianggarkan jumlah logam berwarna kuning itu boleh mencapai harga sehingga jutaan dollar!

Seorang pakar geologi dari United States Geological Survey (USGS), Dr. Kathleen Smith, berkata kumbahan manusia bukan sahaja mengandungi emas, malah juga beberapa logam berharga lain seperti perak dan platinum.

Antaranya, plladium dan vanadium, yang digunakan secara meluas dalam bidang elektronik dan pengeluaran aloi.

Hasil kajian USGS selama 8 tahun, pasukannya telah mengumpul sampel najis manusia, bermula dari perkampungan kecil sehinggalah ke bandar-bandar besar di Pergunungan Rocky.

Sampel kemudian dikaji dan diteliti mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Dalam kerja-kerja mendulang, pelombong emas biasanya menggunakan bahan pelarut leachate untuk menarik logam daripada lapisan batu dan pelarut inilah yang digunakan dalam eksperimen mereka.

Walau bagaimanapun, melihat kepada sejarah sebelum ini, leachate mempunyai kesan buruk jika tertumpah atau mengalami kebocoran kerana ia mampu merosakkan ekosistem.

Namun, bahan kimia ini dikatakan selamat jika ia dikawal atau diawasi penggunaannya, lebih-lebih lagi di tapak-tapak kumbahan.

Di loji pembentungan, larutan kimia ini akan digunakan untuk mengasingkan emas daripada najis, terutama pada peringkat biosolid.

Di Amerika Syarikat, najis manusia yang bergerak ke kawasan kumbahan akan diproses menjadi bahan organik yang disebut sebagai biosolid.

Dianggarkan, lebih daripada tujuh juta tan biosolid dikeluarkan dari loji kumbahan di AS setiap tahun.

Separuh daripadanya dibakar dan dibuang ke tapak pelupusan sampah, manakala separuh lagi digunakan sebagai baja untuk menyuburkan tanaman.

Pasukan ini seterusnya menguji biosolid di makmal untuk dikaji dibawah imbasan mikroskop elektronik dan keputusan ujian mendapati terdapat banyak partikel-partikel logam berharga terkandung di dalam najis manusia.

Uji kaji selama lapan tahun mendapati, bagi setip satu kilogram najis manusia mengandungi emas seberat 0.4 miligram (mg), perak 28mg, tembaga 638mg dan vanadium 49mg.

Namun, dari mana datangnya elemen-elemen ini masih tidak dapat dijelaskan walaupun terdapat beberapa teori mengenainya.

Sebelum ini, satu kajian yang dijalankan oleh Arizona State University dan telah diterbitkan dalam jurnal Enviromental Science & Technology, menganggarkan bahawa logam dari najis satu juta orang penduduk AS bernilai sekitar USD$13 juta setiap tahun.

Sekiranya kajian ini benar-benar berjaya, najis manusia mungkin tidak lagi dibuang dengan sia-sia.

Malah, saintis meramalkan ia bakal memberi manfaat yang tidak terjangkau kepada para pelombong emas.

Sumber: http://jommelancong.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2pa2Svt
via IFTTT